Nuffnang

IkutSukaLu

Syarat utama capai dan , bersedia berubah dan menerima perubahan.
tidak bererti

Fly

Fly
Ini blog lu, lu punya fikiran, lu punya persepsi, lu punya selera, lu punya suka apa lu nak conteng dan luahkan kat cni.
PERHATIAN..!!! Ini blog ..., dengan penggunaan bahasa serta yang mungkin keterlaluan bagi sesetengah pihak, jika boleh terima konsepnya teruskan pembacaan, jika sebaliknya dengan penuh hormat dipersilakan 'logout' secepat mungkin. Supaya tidak menyakitkan hati. Berkemungkinan juga bakal membuatkan sesetengah pihak (pembaca) menjadi gila meroyan dengan menambahkan di sini.
puashati...??? Email sama lu: zebraduka@gmail.com

Thursday, February 12, 2026

Hantar 8,000 tentera

 G

Indonesia pertimbang hantar 8,000 tentera untuk pelan keamanan di Gaza


Februari 10, 2026 @ 1:52pm




JAKARTA: Indonesia sedang membuat persiapan awal untuk menghantar sehingga 8,000 anggota tenteranya bagi menyertai misi pengaman yang mungkin ditubuhkan di Gaza.

Tindakan itu selaras dengan usaha Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, memperkukuh peranan negara itu dalam keselamatan antarabangsa.

Ketua Turus Angkatan Darat Indonesia, Jeneral Maruli Simanjuntak, berkata perancangan itu masih bersifat sementara dan jumlah serta tempoh penempatan anggota bergantung kepada penyelarasan lanjut dalam rantaian kepimpinan ketenteraan.

Menurut satu kenyataan dikeluarkan semalam, sebarang penugasan akan memberi tumpuan kepada unit kejuruteraan dan perubatan.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan mesyuarat kepimpinan bersama tentera dan polis yang dipengerusikan Prabowo di Jakarta.

Indonesia sejak kebelakangan ini meningkatkan usaha diplomatik berkaitan Gaza, sejajar dengan hasrat Prabowo untuk memperluaskan peranan negara paling ramai penganut Islam di dunia itu dalam misi pengaman dan usaha penstabilan pasca konflik di Gaza.

Ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) September lalu, Prabowo menyatakan Indonesia sedia menghantar 20,000 atau lebih anggota pengamannya bagi membantu menjamin keamanan di Gaza atau kawasan lain.

Beliau kemudian menyertai puluhan pemimpin dunia menghadiri sidang kemuncak mengenai masa depan Gaza di Mesir, dipengerusikan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Presiden Mesir, Abdel-Fattah el-Sisi.

Indonesia baru-baru ini turut menyertai Lembaga Keamanan yang dicadangkan oleh Trump.

Prabowo juga sebelum ini berkata, Indonesia terbuka untuk menjalinkan hubungan dengan Israel sekiranya rejim itu mengiktiraf penubuhan sebuah negara Palestin. - AGENSI



















































































Sunday, February 8, 2026

Darah jenis Bombay


Bakti pemilik darah jenis Bombay



Kuala Lumpur: "Apabila dimaklumkan oleh Pusat Darah Negara (PDN) bahawa saya memiliki darah jenis Bombay (Positif) yang jarang ditemui, perasaan terkejut dan teruja bersilih ganti di fikiran.

"Terkejut kerana saya sendiri pun tidak pernah dengar nama darah jenis itu. Saya turut teruja kerana ia dianggap darah berharga untuk mereka yang memerlukan, khususnya pemilik darah Bombay lain di negara ini," kata Izzaleey Ramli, 49.

Bapa kepada empat anak berusia 15 hingga 23 tahun itu berkata, dia mendapat tahu mengenai berita itu pada tahun 2005 iaitu selepas lima kali dia menderma darah.

Kata Izzaleey, sebelum itu dia menyangkakan memiliki darah jenis O sehinggalah mendapat panggilan telefon daripada pihak PDN.

"Sejak itu saya kerap menderma darah khususnya apabila mendapat panggilan kecemasan untuk menambah bekalan stok di PDN. Alhamdulillah saya diberikan kesihatan yang baik dan sehingga kini dapat menderma darah sudah melebihi 35 kali," katanya.

Menurut Izzaleey lagi, dia bangga kerana dapat membantu menyelamatkan nyawa terutama untuk pemilik darah jenis Bombay lain di Malaysia.

Begitupun, Izzaleey mengakui sejak mendapat tahu berita itu, dia perlu lebih berhati-hati dan mengelakkan aktiviti berisiko.

Katanya, dia perlu memastikan badan dalam keadaan sihat untuk menderma darah apabila diperlukan.

Ini kerana pemilik darah jenis Bombay ini hanya boleh memberi dan menerima darah jenis Bombay sahaja.

"Ia jarang ditemui dan berdasarkan data PDN, penderma aktif (yang juga pemilik darah jenis Bombay) di Malaysia ketika ini hanyalah sembilan orang sahaja.

"Apapun saya syukuri semua anugerah ini kerana di sebalik keunikannya, saya dapat membantu menyelamatkan nyawa rakan yang lain," katanya.

Disiarkan pada: Februari 8, 2026 @ 12:05pm


Kredit: hmetro






































Darah Emas

 Fairul Asmaini Mohd Pilus

Februari 8, 2026 @ 2:09pm

Wanita miliki 'darah emas'





Kuala Lumpur: Memiliki kumpulan darah paling sukar ditemui di dunia dan menjadi satu-satu pemilik darah jenis Rh null di Malaysia.

Itu keistimewaan dan 'anugerah' dimiliki seorang wanita dari Terengganu apabila dikenal pasti memiliki jenis darah Rh null atau dikenali The Golden Blood.

Uniknya, darah jenis itu hanya dimiliki oleh seorang dalam enam juta penduduk dan sehingga kini dipercayai hanya 50 individu sahaja yang memilikinya di seluruh dunia.

Meskipun memilih untuk tidak dikenali umum, namun menerusi kerjasama Pusat Darah Negara (PDN), pemilik darah emas berusia 29 tahun itu sudi berkongsi serba sedikit mengenai 'anugerah' itu.

Menurutnya, pengesahan mengenai jenis kumpulan darah itu hanya diketahuinya pada 2016 iaitu selepas menderma darah.

Akuinya, memang sukar untuk mempercayai dan menerima hakikat itu pada mulanya kerana dia adalah satu-satunya individu dengan kumpulan darah berkenaan di negara ini.





"Namun selepas doktor memberikan penjelasan mengenai kepentingan dan keunikan kumpulan darah ini, saya mula reda serta memahami tanggungjawab yang perlu dipikul.

"Sejak itu, saya sentiasa menjaga kesihatan diri dengan lebih teliti kerana sedar risiko yang ada," katanya.

Dia berkata, pada 2024, berlaku kejadian tidak diingini apabila dia terbabit kemalangan jalan raya.

"Walaupun dalam keadaan kesakitan tetapi perkara pertama dimaklumkan kepada orang awam (yang datang membantu) ialah mengenai keadaan dirinya yang memiliki jenis darah sangat jarang ditemui itu.

"Maklumat berkenaan penting untuk disampaikan bagi memastikan saya mendapat rawatan yang tepat. Jujurnya, di sebalik keistimewaan memiliki darah emas ini, saya juga sedar akan risikonya.

"Contohnya apabila berkahwin dan hamil kelak, keadaan juga perlu diuruskan dengan lebih rapi serta pemantauan perubatan yang teliti," katanya.

Darah pertama kali ditemui 1961


Dalam pada itu, dia turut berdoa supaya sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dijauhkan daripada sebarang penyakit kritikal pada masa hadapan.

Ini memandangkan kesukaran untuk mendapatkan darah yang sepadan kerana dia satu-satunya di negara ini memiliki darah jenis berkenaan.

"Apapun saya berharap semoga lebih ramai rakyat Malaysia tampil menderma darah kerana melalui pendermaan darahlah saya dapat mengetahui kumpulan darah sendiri.

"Semoga masyarakat dapat memahami betapa pentingnya peranan penderma darah dalam menyelamatkan nyawa," katanya yang turut menderma darah untuk disimpan di PDN.

Difahamkan, darah jenis The Golden Blood pertama kali ditemui pada tahun 1961 pada seorang wanita orang berasal dari Australia.

Darah jenis ini paling universal dan dianggap penyelamat nyawa kerana tidak mengandungi antigen.

Sifat darah Rh null yang neutral juga mengurangkan risiko terjadinya penolakan oleh penerima semasa proses transfusi.

Ketika ini, darah jenis The Golden Blood dipercayai dimiliki kira-kira 50 orang di seluruh dunia dan daripada jumlah itu, hanya 10 orang bertindak sebagai penderma aktif.





























































































Thursday, January 29, 2026

Rancangan Pendidikan Malaysia 2026 – 2035:

Oleh  | Jan 22, 2026

Rancangan Pendidikan Malaysia 2026 – 2035: Daripada Murid Enam Tahun ke TVET Awal, Ini Perubahan Besar Yang Korang Perlu Tahu


Berita baik buat ibubapa, guru dan seluruh warga pendidikan! Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026 – 2035 akhirnya dilancarkan dengan pelbagai pendekatan baharu yang lebih realistik, inklusif dan selari dengan keperluan masa depan.

Daripada kemasukan murid seawal usia enam tahun, sistem penilaian pembelajaran yang lebih seimbang, sehinggalah penekanan terhadap jati diri dan TVET di sekolah, RPM 2026 – 2035 dilihat sebagai satu ‘reset’ besar untuk landskap pendidikan negara.

Ini ringkasan perkara penting yang perlu tahu.

Murid enam tahun masuk darjah satu — pilihan, bukan paksaan

Salah satu perkara yang paling mencuri tumpuan ialah cadangan membenarkan murid berusia enam tahun masuk Darjah Satu.



Namun penting untuk difahami, ini bukan satu kewajipan. Kemasukan awal ini adalah pilihan, bergantung sepenuhnya kepada kesediaan kanak-kanak, bukan tekanan daripada sistem atau ibu bapa.

Untuk memastikan keputusan dibuat secara adil dan berfakta, Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan ujian diagnostik bermula 2027 bagi menilai:

- Tahap keupayaan murid

 - Kesediaan pembelajaran

 - Keperluan sokongan yang diperlukan

Dalam masa sama, KPM turut membuat unjuran keperluan guru, menilai prasarana sekolah serta mengekalkan pengukuhan Kurikulum Kebangsaan supaya kualiti pendidikan tidak terjejas.

Pendek kata, fokusnya ialah apa yang terbaik untuk anak, bukan siapa paling cepat.


Penilaian Pembelajaran Baharu, lebih seimbang & berperingkat

Dalam ucapannya semasa Majlis Peluncuran RPM 2026 – 2035, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan sistem Pengukuran Pembelajaran akan diperkenalkan.


Oleh itu, KPM akan melaksanakan Matriks Pembelajaran Malaysia yang akan melibatkan: 

Tahun Empat

- Bahasa Melayu

- Bahasa Inggeris

- Matematik

- Sains


Murid Tingkatan Tiga (mulai 2027)

- Bahasa Melayu

- Bahasa Inggeris

- Matematik

- Sains

- Sejarah

Pendekatan ini bertujuan menilai kefahaman sebenar murid, bukan sekadar hafalan, sekali gus membantu guru mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar lebih awal.

Perkasa Jati Diri: Sejarah & Bahasa Melayu kekal teras




Di sebalik arus digital dan globalisasi, RPM 2026 – 2035 tetap menegaskan kepentingan jati diri nasional.

Murid wajib belajar Bahasa Melayu dan Sejarah mengikut Kurikulum Kebangsaan. 

Diterapkan sebagai asas pembinaan identiti, perpaduan dan kefahaman kenegaraan

Ini jelas menunjukkan pendidikan masa depan bukan sekadar melahirkan murid berkemahiran tinggi, tetapi juga warganegara yang faham akar dan nilai negara.


TVET di sekolah, bermula seawal Tahun 1


Selari dengan keperluan industri dan ekonomi digital, elemen TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) akan diperkenalkan lebih awal di sekolah.

Melibatkan

- Sekolah rendah (Tahun 1 hingga Tahun 6)

- Sekolah menengah (Tingkatan 1, 2 dan 3)


Fokus utama adalah:

- Teknologi

- Kemahiran digital

- Pendedahan awal kepada dunia              pekerjaan masa depan

Langkah ini membuka ruang kepada murid untuk mengenal minat dan bakat sejak awal, tanpa perlu menunggu ke peringkat pasca sekolah.


Bilik guru dinaik taraf, keselesaan turut diutamakan




Kerajaan memperuntukkan RM100 juta bagi menaik taraf bilik guru di seluruh negara supaya lebih selesa, kondusif serta menyokong kesejahteraan mental dan emosi guru

Kerana realitinya, guru yang dihargai dan selesa akan mampu mendidik dengan lebih berkesan.

Perubahan menyeluruh demi kebaikan pelajar dan warga pendidik


Rancangan Pendidikan Malaysia 2026 – 2035 bukan sekadar perubahan polisi, tetapi satu usaha menyeluruh untuk membina sistem pendidikan yang lebih manusiawi, relevan dan bersedia untuk masa depan.

Daripada kanak-kanak enam tahun, hinggalah guru di bilik darjah semuanya diambil kira

Kini, persoalannya bukan lagi apa yang berubah, tetapi bagaimana perubahan ini akan dilaksanakan. Sama-sama kita nantikan.


Kredit: OHBULAN



























































































































Tuesday, January 27, 2026

Malayan Teens Hit The World Stage

 

Lee Hup Suan And Jawahir Haji Ali – Malayan Teens Hit The World Stage, Back In The 50s



Students from Kota Bharu’s Zainab School and Ipoh’s Anderson School making Malaya proud abroad.



Picture this. The year is 1956. Malaysia was a word no one had coined yet. Independence was still a year away and no one knew what the future would hold.

A young girl from SMK Zainab (1) in Kelantan, Jawahir Haji Ali, was about 17 years old, and could not possibly have imagined that her fellow countrymen would be discussing her achievements on social media some eight decades later.

At the time SMK Zainab was known as Zainab School, a government English school for girls.

Jawahir spoke fluent English at the time and while not much information can be gleaned about her early years, what is clear is that she was a brilliant young lady.





























Saturday, January 24, 2026

ENRIQUE DE MALACA






BICARA SEJARAH “ENRIQUE DE MALACCA: SETTING THE RECORD STRAIGHT”

1. Pendahuluan

Satu sesi bicara sejarah bertajuk “ENRIQUE de Malacca: Setting the Record Straight” telah berjaya dilaksanakan pada 24 Januari 2026. Program ini menampilkan penyelidik dan penulis terkemuka, Serge Jardin, bagi mengupas fakta serta mitos menyelubungi tokoh sejarah yang dipercayai sebagai manusia pertama yang mengelilingi dunia.

2. Butiran Program

 * Tarikh: Sabtu, 24 Januari 2026

 * Masa: 10.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari

 * Tempat: Galeri Warisan Kota Melaka, Jalan Kota, Melaka

 * Penganjur: Friends of Melaka Museums (Pengerusi: Encik Shaukani Abbas)

3. Objektif Program

 * Memperbetulkan persepsi sejarah mengenai peranan Enrique de Malacca dalam ekspedisi Magellan.

 * Menyediakan platform diskusi ilmiah antara peminat sejarah dan pakar penyelidik.

 * Mempromosikan Galeri Warisan Kota Melaka sebagai pusat ilmu dan kebudayaan.

4. Sorotan Acara

Sesi dimulakan dengan pembentangan oleh Serge Jardin yang membawakan bukti-bukti dokumentasi primer daripada arkib sejarah. Beliau menekankan kepentingan Enrique bukan sekadar sebagai penterjemah, malah sebagai tokoh kunci yang menghubungkan dunia Timur dan Barat.

Suasana di Galeri Warisan Kota Melaka cukup meriah dengan kehadiran peserta yang terdiri daripada ahli akademik, pelajar, dan pencinta sejarah tempatan. Sesi soal jawab yang interaktif menunjukkan min

at yang mendalam terhadap identiti sebenar Enrique.

5. Penutup

Secara keseluruhannya, acara ini telah mencapai objektifnya dalam memberi pendedahan baharu mengenai sejarah Melaka di persada dunia. Pihak Friends of Melaka Museums merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peserta atas sokongan padu mereka terhadap usaha pelestarian sejarah ini.








.




Tuesday, January 20, 2026

13 tahun menunggu

13 tahun menunggu, 22 permohonan tukar status 'Baba Nyonya' dalam surat beranak akhirnya lulus

Januari 20, 2026 @ 4:23pm


Pengarah JPN Melaka, Mohd Dzulkarnain Baharuddin (tiga dari kiri) dan Presiden Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia, Datuk Ronald Gan (lima dari kiri) bergambar bersama di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ayer Keroh, hari ini. - NSTP/ Farhana Yaacob

MELAKA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka meluluskan 22 permohonan untuk meminda status keturunan kepada Baba Nyonya pada surat beranak.

Pengarahnya, Mohd Dzulkarnain Baharuddin, berkata ia sebahagian daripada 71 permohonan diterima pihaknya untuk tujuan itu, dengan baki masih dalam proses semakan dan penelitian.

Menurutnya, pihaknya bekerjasama rapat dengan Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia Melaka bagi memastikan setiap permohonan diproses secara telus dan memenuhi syarat ditetapkan.

"Hampir semua permohonan diterima setakat ini membabitkan pemohon dari Melaka, selari sejarah serta latar belakang komuniti Baba Nyonya yang ramai menetap di negeri ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia, Datuk Ronald Gan, berkata penantian pihaknya selama 13 tahun untuk mendapatkan pindaan status berkenaan akhirnya berakhir selepas perkara itu mendapat perhatian dan sokongan Perdana Menteri.

Menurutnya, pengiktirafan amat bermakna kepada komuniti Baba Nyonya bukan sahaja melibatkan rekod rasmi, malah  pemeliharaan identiti dan warisan turun-temurun.