Nuffnang

IkutSukaLu

Syarat utama capai dan , bersedia berubah dan menerima perubahan.
tidak bererti

Fly

Fly
Ini blog lu, lu punya fikiran, lu punya persepsi, lu punya selera, lu punya suka apa lu nak conteng dan luahkan kat cni.
PERHATIAN..!!! Ini blog ..., dengan penggunaan bahasa serta yang mungkin keterlaluan bagi sesetengah pihak, jika boleh terima konsepnya teruskan pembacaan, jika sebaliknya dengan penuh hormat dipersilakan 'logout' secepat mungkin. Supaya tidak menyakitkan hati. Berkemungkinan juga bakal membuatkan sesetengah pihak (pembaca) menjadi gila meroyan dengan menambahkan di sini.
puashati...??? Email sama lu: zebraduka@gmail.com

Saturday, September 24, 2011

Petikan gitar lagu kumpulan Santana

memang minat kat kumpulan ni. Lagu paling suka - Black Magic Women. Tapi lagu yang macam  bideo
kat bawah ni pun aku suka.




Enjoy the music !

Saturday, September 17, 2011

Sejarah Tipu Kita..

Malaya Tak Pernah
31 Ogos Sambut Apa???

Zainal : Malaya tak pernah


Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu
"tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya
dinaungi atau dilindungi oleh British,
dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal .

"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak
pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki
dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar,
guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.

Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani
pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian
itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya
dilindungi atau dinaungi.

"Dinaungi tidak sama dengan kolonial...
Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan
iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi
(atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan
tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan
perspektif sejarah (itu) perlu diubah.

"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun.
Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya.

IKUT SUKA LU ! ! !

Friday, September 2, 2011

Pemimpin yang dicari dan dirindui

Ini bukan ikut suka lu atau ikut suka gua. Sila teruskan baca.

Pemimpin yang dicari dan dirindui 

 

Suatu ketika Rasulullah S.A.W bersama para sahabat selesai melaksanakan solat berjemaah, Umar bin Khattab yang berada di saf depan berasa terganggu fikirannya. 
Setiap gerakan Rasulullah S.A.W di depan para sahabat terasa berat dan sukar. Terdengar bunyi seolah sendi baginda saling bergesel antara satu sama lain. Solat kali ini terasa lebih lama dari biasa.

Selepas solat, Umar R.A yang begitu khuatir dengan keadaan Rasulullah mendatangi baginda. Dengan hati-hati Umar duduk di sisi beliau dan serta-merta beliau sambut dengan senyuman. 
“Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah engkau sedang menanggung penderitaan yang sangat berat, sakitkah engkau, ya Rasul?” tanya Umar. 
Rasulullah S.A.W tersenyum sambil menggeleng, “Tidak wahai Umar, alhamdulilah aku sihat.”

“Mengapa setiap kali engkau menggerakkan tubuhmu, kami mendengar seolah-olah sendi tubuhmu saling bergeselan? Kami yakin engkau sedang sakit wahai Rasul.” Meskipun keadaannya agak lemah dan agak pucat, Rasulullah S.A.W tetap tersenyum.

Kerana jawapan “tidak” atau “aku baik-baik saja”, baginda rasakan sudah tidak cukup lagi, lalu Rasulullah S.A.W mengangkat jubahnya hingga ke bahagian perut. Seketika Umar dan sahabat terperanjat. 
Kelihatan perut baginda begitu kempis, perut itu dililit oleh kain yang berisi batu kerikil. Kerikil-kerikil ini yang menimbulkan bunyi ketika mengimami solat.

“Ya Rasul,” suara Umar bergetar oleh rasa hiba dan penyesalan, “Apakah jika engkau mengatakan engkau sedang lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan menyediakan dan menyiapkannya untuk engkau?”

Baginda menutup kembali perutnya dengan jubahnya seraya menatap Umar “Tidak, ya Umar. Aku tahu, apa pun kalian akan korbankan demi aku, akan tetapi apa yang akan aku katakan di hadapan Allah nanti jika sebagai pemimpin aku menjadi beban bagi umatku?”

Baginda mengedarkan pandangan kepada para sahabatnya yang lain seraya berkata, “Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah dari Allah untukku agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia, terlebih di akhirat.”

———————

Subhanallah, siapa pun yang mendengar kalimat baginda akan terdiam seketika, ada yang menangis, teresak dan terharu. Maha suci Allah yang telah mengutus seorang pemimpin yang begitu mulia akhlak dan perkataannya. 
Alangkah rindunya kita kepada pemimpin sebijaksana baginda yang tidak mahu membebani umatnya. Kelak pemimpin seperti inilah yang akan dinaungi oleh naungan Allah pada masa tidak ada naungan selain dariNya.

 SUMBER:  http://tulahan.blogspot.com