Nuffnang

IkutSukaLu

Syarat utama capai dan , bersedia berubah dan menerima perubahan.
tidak bererti

Fly

Fly
Ini blog lu, lu punya fikiran, lu punya persepsi, lu punya selera, lu punya suka apa lu nak conteng dan luahkan kat cni.
PERHATIAN..!!! Ini blog ..., dengan penggunaan bahasa serta yang mungkin keterlaluan bagi sesetengah pihak, jika boleh terima konsepnya teruskan pembacaan, jika sebaliknya dengan penuh hormat dipersilakan 'logout' secepat mungkin. Supaya tidak menyakitkan hati. Berkemungkinan juga bakal membuatkan sesetengah pihak (pembaca) menjadi gila meroyan dengan menambahkan di sini.
puashati...??? Email sama lu: zebraduka@gmail.com

Wednesday, May 23, 2012

LAWAK AHAD: PAK PANDIR UJI ANAKNYA

Disebabkan bahang panas pilihanraya ke 13 semakin marak, aku nak post  satu cerita lawak lah. Rasanya mungkin aku biarkan sampai tempoh dekat dekat nak pilihanraya. Tentu saje kopi dan pasta !!! He... 3x.

Ceritanya begini :

Pak Pandir dan Mak Andir risau kerana anak mereka,Ondeh,walaupun sudah berumur 18 tahun, tetapi masih tidak bekerja. Sekejap hendak jadi businessman, sekejap hendak jadi guru, sekejap hendak jadi petani, tapi cuma cakap saja, usahanya tidak.

Jadi, Pak Pandir dan Mak Andir merancang untuk menguji anak mereka itu.

Suatu pagi,Pak Pandir dan Mak Andir tinggalkan sekeping nota di atas meja di ruang tamu. Pada nota itu tertulis perkataan, "Ayah dan mak pergi pekan, petang baru balik."

Di tepi nota itu mereka tinggalkan wang kertas RM50, sebuah kitab agama dan sebotol arak. Pak Pandir dan Mak Andir kemudiannya menyorok dalam bilik kecil tidak jauh dari meja tersebut.

Kata Pak Pandir, "Kalau Ondeh ambil duit,maknanya dia akan jadi businessman.

Kalau dia ambil kitab, maknanya dia akan jadi tok guru. Tapi kalau dia pilih arak, dia akan jadi manusia yang paling tidak berguna di dunia ini."

Pak Pandir dan Mak Andir terus mengintai dari celah pintu. Sejam kemudian mereka ternampak Ondeh balik, lalu mencapai nota di atas meja. Selepas membacanya, Ondeh mengambil not RM50, lalu membelek-beleknya depan belakang, kemudian masukkan kedalam poket.

Setelah itu Pak Pandir dan Mak Andir lihat Ondeh ambil kitab, kepit di celah ketiaknya. Akhir sekali, Ondeh mencapai botol arak dan menogoknya. Setelah itu, Ondeh keluar semula dengan membawa ketiga-tiga barang tersebut.

Pak Pandir tepuk dahi. "Aduuhh….ini lebih teruk daripada apa yang abang bayangkan."

"Kenapa paknya?" Tanya Mak Andir

"Ondeh akan jadi ahli politik!"

Sumber