Nuffnang

IkutSukaLu

Syarat utama capai dan , bersedia berubah dan menerima perubahan.
tidak bererti

Fly

Fly
Ini blog lu, lu punya fikiran, lu punya persepsi, lu punya selera, lu punya suka apa lu nak conteng dan luahkan kat cni.
PERHATIAN..!!! Ini blog ..., dengan penggunaan bahasa serta yang mungkin keterlaluan bagi sesetengah pihak, jika boleh terima konsepnya teruskan pembacaan, jika sebaliknya dengan penuh hormat dipersilakan 'logout' secepat mungkin. Supaya tidak menyakitkan hati. Berkemungkinan juga bakal membuatkan sesetengah pihak (pembaca) menjadi gila meroyan dengan menambahkan di sini.
puashati...??? Email sama lu: zebraduka@gmail.com

Saturday, September 24, 2011

Petikan gitar lagu kumpulan Santana

memang minat kat kumpulan ni. Lagu paling suka - Black Magic Women. Tapi lagu yang macam  bideo
kat bawah ni pun aku suka.




Enjoy the music !

Saturday, September 17, 2011

Sejarah Tipu Kita..

Malaya Tak Pernah
31 Ogos Sambut Apa???

Zainal : Malaya tak pernah


Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu
"tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya
dinaungi atau dilindungi oleh British,
dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal .

"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak
pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki
dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar,
guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.

Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani
pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian
itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya
dilindungi atau dinaungi.

"Dinaungi tidak sama dengan kolonial...
Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan
iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi
(atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan
tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan
perspektif sejarah (itu) perlu diubah.

"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun.
Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya.

IKUT SUKA LU ! ! !

Friday, September 2, 2011

Pemimpin yang dicari dan dirindui

Ini bukan ikut suka lu atau ikut suka gua. Sila teruskan baca.

Pemimpin yang dicari dan dirindui 

 

Suatu ketika Rasulullah S.A.W bersama para sahabat selesai melaksanakan solat berjemaah, Umar bin Khattab yang berada di saf depan berasa terganggu fikirannya. 
Setiap gerakan Rasulullah S.A.W di depan para sahabat terasa berat dan sukar. Terdengar bunyi seolah sendi baginda saling bergesel antara satu sama lain. Solat kali ini terasa lebih lama dari biasa.

Selepas solat, Umar R.A yang begitu khuatir dengan keadaan Rasulullah mendatangi baginda. Dengan hati-hati Umar duduk di sisi beliau dan serta-merta beliau sambut dengan senyuman. 
“Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah engkau sedang menanggung penderitaan yang sangat berat, sakitkah engkau, ya Rasul?” tanya Umar. 
Rasulullah S.A.W tersenyum sambil menggeleng, “Tidak wahai Umar, alhamdulilah aku sihat.”

“Mengapa setiap kali engkau menggerakkan tubuhmu, kami mendengar seolah-olah sendi tubuhmu saling bergeselan? Kami yakin engkau sedang sakit wahai Rasul.” Meskipun keadaannya agak lemah dan agak pucat, Rasulullah S.A.W tetap tersenyum.

Kerana jawapan “tidak” atau “aku baik-baik saja”, baginda rasakan sudah tidak cukup lagi, lalu Rasulullah S.A.W mengangkat jubahnya hingga ke bahagian perut. Seketika Umar dan sahabat terperanjat. 
Kelihatan perut baginda begitu kempis, perut itu dililit oleh kain yang berisi batu kerikil. Kerikil-kerikil ini yang menimbulkan bunyi ketika mengimami solat.

“Ya Rasul,” suara Umar bergetar oleh rasa hiba dan penyesalan, “Apakah jika engkau mengatakan engkau sedang lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan menyediakan dan menyiapkannya untuk engkau?”

Baginda menutup kembali perutnya dengan jubahnya seraya menatap Umar “Tidak, ya Umar. Aku tahu, apa pun kalian akan korbankan demi aku, akan tetapi apa yang akan aku katakan di hadapan Allah nanti jika sebagai pemimpin aku menjadi beban bagi umatku?”

Baginda mengedarkan pandangan kepada para sahabatnya yang lain seraya berkata, “Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah dari Allah untukku agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia, terlebih di akhirat.”

———————

Subhanallah, siapa pun yang mendengar kalimat baginda akan terdiam seketika, ada yang menangis, teresak dan terharu. Maha suci Allah yang telah mengutus seorang pemimpin yang begitu mulia akhlak dan perkataannya. 
Alangkah rindunya kita kepada pemimpin sebijaksana baginda yang tidak mahu membebani umatnya. Kelak pemimpin seperti inilah yang akan dinaungi oleh naungan Allah pada masa tidak ada naungan selain dariNya.

 SUMBER:  http://tulahan.blogspot.com

Wednesday, August 31, 2011

JANGAN MAKAN HASIL LENDIR CHINA DOLL

MAT :

KUALA LUMPUR 28 Ogos – melabelkan Mohamed sebagai negara apabila mendakwa Parti Komunis Malaya (PKM) ialah hero sebenar dalam peristiwa Bukit Kepong dan bukannya anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka.

Sehubungan itu, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memantau tindak-tanduk Timbalan Presiden itu dan mengambil tindakan tegas terhadapnya termasuk dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kenyataannya itu menunjukkan beliau mempunyai kecenderungan menjadi pengganas.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit..BERCAKAP DENGAN ORANG BANGANG INI SUSAH...kah kah kah..

kah kah kah..INI LAH HASIL RASUAH TERLALU BANYAK.... kah kah kah..

kah kah kah...SAMPAI SEJARAH SENDIRI PUN TAK TAHU.... kah kah kah,....

woit...MACM MANA BOLEH JADI POLIS....KALAU BANGANG MACAM INI...kah kah kah..

MEH SINI BACO FAKTA SEJARAH

Ketika Rumah Pasong Bukit Kepng di serang Tanah Melayu adalah tanah jajahn Inggeris.

Ketika Rumah Pasong Bukit Kepong di serang Pesuruhanjaya POlis tanah Melayu ialah Sir Arthur E.Young

Ketika Rumah pasong Bukit Kepong diserang mata mata dibayar gaji oleh British

Ketika Rumah Pasong Bukit Kepong diserang belum ada lagi Polis Di Raja Malaysia - malah Malaysia belum ada - yang ada Tanah Melayu.

Ketika Rumah Pasong Bukit Kepong diserang – belum ada konsep Ketua Polis Negara lagi. Soldadu upahan ini dipanggil SC atau Special Constable – polis ketika itu dipanggil mata mata.

TAK PERCAYA?

Hampir setahun selepas Hari Kemerdekaan, iaitu pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Mohamad telah berkenan mengurniakan gelaran 'Diraja' kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Upacara ini dijalankan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur. Mulai dari saat itu pasukan polis dikenali dengan nama "Polis Diraja Persekutuan" atau "The Royal Federation of Malayan Police" dan pada 1963 ditukar kepada Polis Diraja Malaysia.

Konsep "Bersedia Berkhidmat" diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Polis Tanah Melayu Sir Arthur E. Young pada 15 Disember 1952. Melalui arahannya, Arahan Pesuruhjaya Polis No. 36, tahun 1952: "Operation Service", A. E. Young menegaskan pendekatan polis terhadap orang ramai serta mewujudkan persefahaman terhadap kedua-dua pihak. Beliau juga berharap dengan konsep "Bersedia Berkhidmat" ini, pandangan negatif pasukan dapat dikikis dan sebaliknya dihormati.

( dari wikipedia)

NOTA:
jangan banyak sangat makan hasil lendir china doll
jadi bangang dan meraban

sumber: http://tukartiub.blogspot.com/

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

Mat
, Selamat Hari Merdeka ke 54!

Dalam hari-hari terakhir bulan Ramadhan yang lepas, kita mendapati satu telah di lakukan oleh Timbalan Presiden yang bernama Mohamad .

Ianya dilakukan di satu ceramah politik di Padang Menora, Tasek Gelugor. Video tersebut boleh di lihat di bawah:



Ada beberapa perkara kejam Mat sudah lakukan dalam ucapan beliau tadi. Pertama, beliau mempermainkan lagu Negaraku. Tidak perlulah kita mempertikaikan asal usul melodi lagu kebangsaan kita sendiri. Yang penting, ianya diterima dengan sebulat suara dan hati yang terbuka sejak lebih 50 tahun yang dahulu hinggalah sekarang.

Tabiat memperlekehkan lagu kebangsaan sendiri demi perjuangan politik yang muflis seperti apa yang Mat bawa ini amatlah menyedihkan. Apatah lagi, beliau adalah orang nombor dua tertinggi di dalam parti yang mempunyai ahli teramai di dalam pakatan pembangkang.

Kedua, memperlekehkan Hari Kemerdekaan itu sendiri dengan mengaitkannya dengan filem Bukit Kepong arahan Jins Shamsuddin. Tujuan beliau sebenarnya adalah untuk memperkecilkan perjuangan Umno menuntut kemerdekaan tanahair kita ini.

Akibat satu nyamuk, habis satu kelambu di bakar… akibat musuh politik, sejarah negara di tukar-tukar.

Beliau mengatakan bahawa penyerang Balai Polis di Bukit Kepong di dalam tahun 1950 merupakan hero sebenar kemerdekaan. Jika Mat buat buat tolol, yang menyerang balai polis berkenaan adalah ahli Parti Komunis Malaya. Secara langsung, mereka adalah komunis.

Mungkin Mat terlupa atau terlampau dangkal fikirannya hingga boleh melupakan kekejaman yang dibuat oleh komunis ke-atas rakyat Malaya ketika zaman darurat tersebut. Ianya boleh di baca di sini dan di sini. Komunis telah melakukan huru-hara di dalam negara kita dengan membunuh ramai rakyat yang tidak berdosa. Bagaimana pula Mat boleh mengangkat komunis sebagai ‘hero’ Malaya?

Oleh itu, Mat Indera bukanlah sekadar ‘hero penyerang’ balai polis. Dia adalah salah seorang ahli komunis yang menjadi sebahagian daripada Rejimen ke 4 Parti Komunis Malaya yang diketuai oleh Goh Peng Tun.

Di dalam suratkhabar The Star pada 30 Ogos 2011, Mat mengatakan bahawa:

“What I said in my ceramah was that Mat Indera was a hero because he fought independence. He was a labour leader, a freedom fighter,” Mohamad said when contacted.

Mohamad said he did not use the word ‘communist’ in his speech.

“Yet, Utusan claimed that I said ‘the communists were heroes’. Also, Utusan mentioned that Goh Peng Tun led the insurgency at Bukit Kepong.

“I never heard this name before, until Utusan mentioned it.”

Sebab itu, kita berharap supaya Mat tidak hanya menghadkan pembacaan beliau kepada komik sahaja. Pelajarilah buku buku sejarah agar tidak menampakkan diri sebagai orang yang amat cetek ilmu pengetahuannya. Semestinya, jika beliau banyak membaca, beliau akan tahu siapa itu Goh Peng Tun.

Tidak menyebut perkataan komunis bukan bermakna kita tidak menyebutnya secara tersurat. Mat kelihatan amat terdesak hingga alasan beliau seperti kebudak-budakkan.

Manakan tidak, ketua beliau yang juga Pengerusi
Malaysia, Karpal Singh mengeluarkan kenyataan yang secara tersiratnya merujuk Mat sebagai amat tidak pintar sekali. Kenyataan tersebut boleh dibaca di sini.

Suka diingatkan kepada Mat , jika anda mengangkat senjata dan membunuh orang awam dan anggota keselamatan negara, anda bukan lagi dianggap ‘labour leader’ atau ‘freedom fighter’.

Ketiga, mengatakan bahawa kisah Tok Janggut dan Dr Burhanuddin Al-Helmy tidak diceritakan di dalam sejarah negara. Ini adalah tohmahan yang tidak tepat sekali. Kita boleh membaca kisah mereka di dalam buku-buku teks sejarah pendidikan negara. Mereka ini di anggap pejuang kemerdekaan negara.

Bahkan nama Rashid Maidin juga disebut di dalam buku-buku teks kita. Walau bagaimanapun, memandangkan Rashid Maidin adalah komunis, maka tetaplah dia di anggap sebagai musuh negara. Ini sejarah yang tidak mungkin bertukar walaupun terdapat seribu Mat Sabu di dalam negara kita.

Saya merasa sedih kerana sejarah negara kita diputar sewenang-wenangnya oleh para pemimpin pembangkang yang bankrap idea untuk mengetengahkan perjuangan mereka. Seolah-olah tiada sifat terima kasih kepada mereka yang bertungkus lumus mempertahankan negara kita sewaktu waktu dahulu.

Mentaliti Mat senang sahaja difahami. Beliau mahu rakyat Malaysia menidakkan segala usaha dan budi pemimpin-pemimpin Parti Perikatan yang membawa kepada kemerdekaan negara. Salah satu daripada parti tersebut adalah Parti – musuh politik
.

Tidak kisah jika kita menyokong pembangkang atau kerajaan ataupun atas pagar sahaja; yang penting sejarah negara kita adalah kebanggaan kita. Apa yang telah terjadi, begitulah yang terjadi.

Adalah membimbangkan jika orang seperti Mat diangkat sebagai pemimpin nombor dua negara. Menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Apa mungkin beliau boleh menaikkan taraf negara kita jika pengetahuan beliau hanya berbekalkan ilmu seperti murid darjah satu sahaja?

Apa mungkin beliau dapat memberi keyakinan para pelabur di luar negara jika cara percakapan beliau lebih mirip celoteh kedai kopi sahaja?

Sempena Hari Kemerdekaan kita yang ke-54, marilah kita bersama-sama menguatkan iltizam dan bersatu padu membanteras gejala meremehkan perjuangan para perajurit tanahair yang telah berkorban tenaga dan jiwa raga menentang kezaliman komunis dan British.

Sesungguhnya, negara kita Malaysia aman makmur kerana semangat patriotisma rakyatnya yang tinggi dan tidak pernah goyah biar pun ada yang cuba melunturkannya.


sumber: http://jebatmustdie.wordpress.com

Sajak

PELUDAH WARNA

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar nya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

SASTERAWAN DATUK A. SAMAD SAID

Sunday, August 28, 2011

Siapa Pejuang Siapa Penderhaka

Siapa Siapa .


Sesiapa yang menentang Komunis semasa zaman darurat dahulu akan di gelar sebagai ..

Sesiapa yang menentang Jepun semasa zaman penjajahan dahulu akan di gelar sebagai .

Sesiapa yang menentang British semasa zaman penjajahan dahulu akan di gelar sebagai .

British tu siapa...???? Tanya Dr. Google

Tok Janggut tu siapa..??? Tanya Dr. Google

Mat Kilau tu siapa..??? Tanya Dr. Google

Dan ramai lagi... lu orang sendiri pun tahu siapakah pejuang2 negara yang menentang penjajah British pada zaman itu akan dianggap sebagai ...

Sesiapa yang bersekongkol dengan British pada masa itu akan dianggap sebagai ... dan ... itulah yang meneruskan kesinambungan Penjajahan British di mukabumi Malaya (Malaysia) ini.... dalam hal ini.. lu orang pikirlah sendiri siapakah mereka2 itu....

Al-Fatihah buat semua yang menentang segala bentuk penjajahan di bumi Tanah Melayu (Malaya) pada zaman itu, tak kiralah dari fahaman parti mana sekalipun. Kerana mereka berjuang bagi memerdekakan negara ini dari Penjajahan British dan Jepun.

Kepada talibarut2 serta 2 hutan yang berkerja untuk Penjajah.... pi mampuslah dengan lu orang semua.... hahahaha...., gua hanya mendoakan semoga PRU-13 nanti adalah titik terakhir penjajahan British di bumi Malaysia.... Aminnnnn.....

Kesimpulannya di sini, Penjajah British telah berjaya memperbodohkan bangsa dan meneruskan penjajahan mereka di bumi ini. Hanya 2 bangang sahaja yang masih sanggup dijajah dan tegar menyokong undang2 British di negara ini.... kah...kah...kah....

p/s: Puak Penjajah dah panas telinga dengan Timbalan Presiden .... muakakakakaaaaa....

Selepas lu orang baca di link "Timbalan Presiden PAS" tu.... gua nak tanya, Siapakah dan Siapakah kepada Bangsa dan Negara...???


SUMBER: http://ikutsukaakuisa.blogspot.com/


Salam perkenalan

Assalamu 'alaikum,
Pada semua bloggers n pembaca budiMAN...

 ini wilayah lu...

lu punya pasal...

lu punya suka...

lu mau KUTUK ...

lu mau PUJI...

lu mau  BODEK ...

lu punya suka...

lu punya pasal...

INI WILAYAH LU...HA! HA! HA! INI WILAYAH LU...

tapi ingat kalau SUMBER hantam lu...

PADAN MUKA LU !

LU TANGGUNG SENDIRI !.