Nuffnang

IkutSukaLu

Syarat utama capai dan , bersedia berubah dan menerima perubahan.
tidak bererti

Fly

Fly
Ini blog lu, lu punya fikiran, lu punya persepsi, lu punya selera, lu punya suka apa lu nak conteng dan luahkan kat cni.
PERHATIAN..!!! Ini blog ..., dengan penggunaan bahasa serta yang mungkin keterlaluan bagi sesetengah pihak, jika boleh terima konsepnya teruskan pembacaan, jika sebaliknya dengan penuh hormat dipersilakan 'logout' secepat mungkin. Supaya tidak menyakitkan hati. Berkemungkinan juga bakal membuatkan sesetengah pihak (pembaca) menjadi gila meroyan dengan menambahkan di sini.
puashati...??? Email sama lu: zebraduka@gmail.com

Thursday, February 12, 2026

Hantar 8,000 tentera

 G

Indonesia pertimbang hantar 8,000 tentera untuk pelan keamanan di Gaza


Februari 10, 2026 @ 1:52pm




JAKARTA: Indonesia sedang membuat persiapan awal untuk menghantar sehingga 8,000 anggota tenteranya bagi menyertai misi pengaman yang mungkin ditubuhkan di Gaza.

Tindakan itu selaras dengan usaha Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, memperkukuh peranan negara itu dalam keselamatan antarabangsa.

Ketua Turus Angkatan Darat Indonesia, Jeneral Maruli Simanjuntak, berkata perancangan itu masih bersifat sementara dan jumlah serta tempoh penempatan anggota bergantung kepada penyelarasan lanjut dalam rantaian kepimpinan ketenteraan.

Menurut satu kenyataan dikeluarkan semalam, sebarang penugasan akan memberi tumpuan kepada unit kejuruteraan dan perubatan.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan mesyuarat kepimpinan bersama tentera dan polis yang dipengerusikan Prabowo di Jakarta.

Indonesia sejak kebelakangan ini meningkatkan usaha diplomatik berkaitan Gaza, sejajar dengan hasrat Prabowo untuk memperluaskan peranan negara paling ramai penganut Islam di dunia itu dalam misi pengaman dan usaha penstabilan pasca konflik di Gaza.

Ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) September lalu, Prabowo menyatakan Indonesia sedia menghantar 20,000 atau lebih anggota pengamannya bagi membantu menjamin keamanan di Gaza atau kawasan lain.

Beliau kemudian menyertai puluhan pemimpin dunia menghadiri sidang kemuncak mengenai masa depan Gaza di Mesir, dipengerusikan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Presiden Mesir, Abdel-Fattah el-Sisi.

Indonesia baru-baru ini turut menyertai Lembaga Keamanan yang dicadangkan oleh Trump.

Prabowo juga sebelum ini berkata, Indonesia terbuka untuk menjalinkan hubungan dengan Israel sekiranya rejim itu mengiktiraf penubuhan sebuah negara Palestin. - AGENSI



















































































Sunday, February 8, 2026

Darah jenis Bombay


Bakti pemilik darah jenis Bombay



Kuala Lumpur: "Apabila dimaklumkan oleh Pusat Darah Negara (PDN) bahawa saya memiliki darah jenis Bombay (Positif) yang jarang ditemui, perasaan terkejut dan teruja bersilih ganti di fikiran.

"Terkejut kerana saya sendiri pun tidak pernah dengar nama darah jenis itu. Saya turut teruja kerana ia dianggap darah berharga untuk mereka yang memerlukan, khususnya pemilik darah Bombay lain di negara ini," kata Izzaleey Ramli, 49.

Bapa kepada empat anak berusia 15 hingga 23 tahun itu berkata, dia mendapat tahu mengenai berita itu pada tahun 2005 iaitu selepas lima kali dia menderma darah.

Kata Izzaleey, sebelum itu dia menyangkakan memiliki darah jenis O sehinggalah mendapat panggilan telefon daripada pihak PDN.

"Sejak itu saya kerap menderma darah khususnya apabila mendapat panggilan kecemasan untuk menambah bekalan stok di PDN. Alhamdulillah saya diberikan kesihatan yang baik dan sehingga kini dapat menderma darah sudah melebihi 35 kali," katanya.

Menurut Izzaleey lagi, dia bangga kerana dapat membantu menyelamatkan nyawa terutama untuk pemilik darah jenis Bombay lain di Malaysia.

Begitupun, Izzaleey mengakui sejak mendapat tahu berita itu, dia perlu lebih berhati-hati dan mengelakkan aktiviti berisiko.

Katanya, dia perlu memastikan badan dalam keadaan sihat untuk menderma darah apabila diperlukan.

Ini kerana pemilik darah jenis Bombay ini hanya boleh memberi dan menerima darah jenis Bombay sahaja.

"Ia jarang ditemui dan berdasarkan data PDN, penderma aktif (yang juga pemilik darah jenis Bombay) di Malaysia ketika ini hanyalah sembilan orang sahaja.

"Apapun saya syukuri semua anugerah ini kerana di sebalik keunikannya, saya dapat membantu menyelamatkan nyawa rakan yang lain," katanya.

Disiarkan pada: Februari 8, 2026 @ 12:05pm


Kredit: hmetro






































Darah Emas

 Fairul Asmaini Mohd Pilus

Februari 8, 2026 @ 2:09pm

Wanita miliki 'darah emas'





Kuala Lumpur: Memiliki kumpulan darah paling sukar ditemui di dunia dan menjadi satu-satu pemilik darah jenis Rh null di Malaysia.

Itu keistimewaan dan 'anugerah' dimiliki seorang wanita dari Terengganu apabila dikenal pasti memiliki jenis darah Rh null atau dikenali The Golden Blood.

Uniknya, darah jenis itu hanya dimiliki oleh seorang dalam enam juta penduduk dan sehingga kini dipercayai hanya 50 individu sahaja yang memilikinya di seluruh dunia.

Meskipun memilih untuk tidak dikenali umum, namun menerusi kerjasama Pusat Darah Negara (PDN), pemilik darah emas berusia 29 tahun itu sudi berkongsi serba sedikit mengenai 'anugerah' itu.

Menurutnya, pengesahan mengenai jenis kumpulan darah itu hanya diketahuinya pada 2016 iaitu selepas menderma darah.

Akuinya, memang sukar untuk mempercayai dan menerima hakikat itu pada mulanya kerana dia adalah satu-satunya individu dengan kumpulan darah berkenaan di negara ini.





"Namun selepas doktor memberikan penjelasan mengenai kepentingan dan keunikan kumpulan darah ini, saya mula reda serta memahami tanggungjawab yang perlu dipikul.

"Sejak itu, saya sentiasa menjaga kesihatan diri dengan lebih teliti kerana sedar risiko yang ada," katanya.

Dia berkata, pada 2024, berlaku kejadian tidak diingini apabila dia terbabit kemalangan jalan raya.

"Walaupun dalam keadaan kesakitan tetapi perkara pertama dimaklumkan kepada orang awam (yang datang membantu) ialah mengenai keadaan dirinya yang memiliki jenis darah sangat jarang ditemui itu.

"Maklumat berkenaan penting untuk disampaikan bagi memastikan saya mendapat rawatan yang tepat. Jujurnya, di sebalik keistimewaan memiliki darah emas ini, saya juga sedar akan risikonya.

"Contohnya apabila berkahwin dan hamil kelak, keadaan juga perlu diuruskan dengan lebih rapi serta pemantauan perubatan yang teliti," katanya.

Darah pertama kali ditemui 1961


Dalam pada itu, dia turut berdoa supaya sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dijauhkan daripada sebarang penyakit kritikal pada masa hadapan.

Ini memandangkan kesukaran untuk mendapatkan darah yang sepadan kerana dia satu-satunya di negara ini memiliki darah jenis berkenaan.

"Apapun saya berharap semoga lebih ramai rakyat Malaysia tampil menderma darah kerana melalui pendermaan darahlah saya dapat mengetahui kumpulan darah sendiri.

"Semoga masyarakat dapat memahami betapa pentingnya peranan penderma darah dalam menyelamatkan nyawa," katanya yang turut menderma darah untuk disimpan di PDN.

Difahamkan, darah jenis The Golden Blood pertama kali ditemui pada tahun 1961 pada seorang wanita orang berasal dari Australia.

Darah jenis ini paling universal dan dianggap penyelamat nyawa kerana tidak mengandungi antigen.

Sifat darah Rh null yang neutral juga mengurangkan risiko terjadinya penolakan oleh penerima semasa proses transfusi.

Ketika ini, darah jenis The Golden Blood dipercayai dimiliki kira-kira 50 orang di seluruh dunia dan daripada jumlah itu, hanya 10 orang bertindak sebagai penderma aktif.