Nuffnang

IkutSukaLu

Syarat utama capai dan , bersedia berubah dan menerima perubahan.
tidak bererti

Fly

Fly
Ini blog lu, lu punya fikiran, lu punya persepsi, lu punya selera, lu punya suka apa lu nak conteng dan luahkan kat cni.
PERHATIAN..!!! Ini blog ..., dengan penggunaan bahasa serta yang mungkin keterlaluan bagi sesetengah pihak, jika boleh terima konsepnya teruskan pembacaan, jika sebaliknya dengan penuh hormat dipersilakan 'logout' secepat mungkin. Supaya tidak menyakitkan hati. Berkemungkinan juga bakal membuatkan sesetengah pihak (pembaca) menjadi gila meroyan dengan menambahkan di sini.
puashati...??? Email sama lu: zebraduka@gmail.com

Sunday, February 8, 2026

Darah jenis Bombay


Bakti pemilik darah jenis Bombay



Kuala Lumpur: "Apabila dimaklumkan oleh Pusat Darah Negara (PDN) bahawa saya memiliki darah jenis Bombay (Positif) yang jarang ditemui, perasaan terkejut dan teruja bersilih ganti di fikiran.

"Terkejut kerana saya sendiri pun tidak pernah dengar nama darah jenis itu. Saya turut teruja kerana ia dianggap darah berharga untuk mereka yang memerlukan, khususnya pemilik darah Bombay lain di negara ini," kata Izzaleey Ramli, 49.

Bapa kepada empat anak berusia 15 hingga 23 tahun itu berkata, dia mendapat tahu mengenai berita itu pada tahun 2005 iaitu selepas lima kali dia menderma darah.

Kata Izzaleey, sebelum itu dia menyangkakan memiliki darah jenis O sehinggalah mendapat panggilan telefon daripada pihak PDN.

"Sejak itu saya kerap menderma darah khususnya apabila mendapat panggilan kecemasan untuk menambah bekalan stok di PDN. Alhamdulillah saya diberikan kesihatan yang baik dan sehingga kini dapat menderma darah sudah melebihi 35 kali," katanya.

Menurut Izzaleey lagi, dia bangga kerana dapat membantu menyelamatkan nyawa terutama untuk pemilik darah jenis Bombay lain di Malaysia.

Begitupun, Izzaleey mengakui sejak mendapat tahu berita itu, dia perlu lebih berhati-hati dan mengelakkan aktiviti berisiko.

Katanya, dia perlu memastikan badan dalam keadaan sihat untuk menderma darah apabila diperlukan.

Ini kerana pemilik darah jenis Bombay ini hanya boleh memberi dan menerima darah jenis Bombay sahaja.

"Ia jarang ditemui dan berdasarkan data PDN, penderma aktif (yang juga pemilik darah jenis Bombay) di Malaysia ketika ini hanyalah sembilan orang sahaja.

"Apapun saya syukuri semua anugerah ini kerana di sebalik keunikannya, saya dapat membantu menyelamatkan nyawa rakan yang lain," katanya.

Disiarkan pada: Februari 8, 2026 @ 12:05pm


Kredit: hmetro






































No comments:

Post a Comment