Nuffnang

IkutSukaLu

Syarat utama capai dan , bersedia berubah dan menerima perubahan.
tidak bererti

Fly

Fly
Ini blog lu, lu punya fikiran, lu punya persepsi, lu punya selera, lu punya suka apa lu nak conteng dan luahkan kat cni.
PERHATIAN..!!! Ini blog ..., dengan penggunaan bahasa serta yang mungkin keterlaluan bagi sesetengah pihak, jika boleh terima konsepnya teruskan pembacaan, jika sebaliknya dengan penuh hormat dipersilakan 'logout' secepat mungkin. Supaya tidak menyakitkan hati. Berkemungkinan juga bakal membuatkan sesetengah pihak (pembaca) menjadi gila meroyan dengan menambahkan di sini.
puashati...??? Email sama lu: zebraduka@gmail.com

Monday, March 2, 2026

Ringgit Malaysia (RM)

 Sejarah ringgit Malaysia

Apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957, ia tidak mempunyai mata wang sendiri. Mata wang penjajah Inggeris yang dikenali sebagai Ringgit Malaya dan British Borneo (Malaya and British Borneo Dollar) terus digunakan.



Hanya selepas 10 tahun iaitu pada 12 Jun 1967, barulah Bank Negara Malaysia memperkenalkan mata wang sendiri yang dipanggil dolar Malaysia. Nama dolar Malaysia ditukar kepada ringgit pada tahun 1975.


Nilai permulaan dolar Malaysia sama dengan nilai dolar Malaya dan British Borneo.

Walaupun pelancaran dolar Malaysia dialu-alukan oleh rakyat jelata, namun ia mencetuskan kebimbangan dalam kalangan sesetengah pihak, khususnya peniaga.

Bagi memudahkan peralihan, kedua-dua mata wang - dolar lama Malaya dan dolar baru Malaysia - digunakan serentak. Kedua-duanya mempunyai nilai par yang sama berbanding pound sterling iaitu 8.57 bagi satu pound sterling.

Lima bulan selepas pengenalan dolar Malaysia, kerajaan United Kingdom mengambil tindakan menurunkan nilai pound sterling (devalue) dengan sebanyak 14.3 peratus berbanding dolar Amerika sebagai langkah meningkatkan persaingan ekonominya.

Tindak balas Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra adalah menurunkan nilai dolar lama Malaya sebanyak 15 peratus berbanding pound sterling dan dolar Malaysia. Dengan langkah itu, nilai dolar Malaysia menjadi lebih kukuh.

Tindakan kerajaan itu dibantah oleh peniaga dan orang ramai yang masih memegang dolar Malaya. Ini memberi peluang kepada Parti Buruh menganjurkan protes di Pulau Pinang melalui tindakan hartal. Hartal adalah pemulauan perniagaan oleh peniaga dengan menutup kedai.

Tunjuk perasaan itu menjadi ganas apabila sesetengah pekedai enggan turut serta. Kedai-kedai makan yang sedang menyajikan sarapan diserang dan dibakar. Angka rasmi mengatakan 27 terbunuh dan 137 cedera.

Sepanjang ingatan saya dan berdasarkan maklumat arkib, ringgit Malaysia tidak pernah diturunkan nilai (devalue) oleh Bank Negara.

Kerajaan Malaysia dan Bank Negara, sejak dulu lagi, berpendirian bahawa sebagai dasar, ringgit tidak pernah diturunkan nilai secara rasmi. Sebaliknya, kejatuhan nilai ringgit diklasifikasikan sebagai susut nilai yang berlaku secara semula jadi disebabkan oleh kuasa pasaran mengikut sistem pengapungan terancang.

Apabila dolar Malaysia diperkenalkan pada tahun 1967, kadar tukarannya dengan dolar Amerika adalah sekitar RM3.06.

Kejutan paling buruk pernah dialami oleh ringgit berlaku sekitar 1997-98 berikutan serangan spekulasi mata wang Asia. Pada satu peringkat, kadar tukaran ringgit jatuh kepada hampir RM4.88 bagi setiap satu dolar Amerika.

Bagi menyekat spekulasi dan menghalang kejatuhan seterusnya, kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 1 September 1998, telah mengikat kadar tukaran ringgit pada RM3.80 bagi setiap satu dolar Amerika.

Bank Negara menyifatkannya sebagai langkah penstabilan bukan penurunan nilai oleh sebab pautan itu dilakukan pada kadar yang lebih tinggi daripada paras terendah pasaran waktu itu.

Apabila Dr Mahathir bersara pada tahun 2003 dan Almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih, beliau menamatkan pautan nilai 12 Julai 2005.

Paras paling tinggi dicapai pada awal zaman pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu pada bulan Julai 2011, pada kadar kira-kira RM2.9385. Bagaimanapun, menjelang 2015, nilainya mula merosot melepasi RM4 akibat kejatuhan harga petroleum mentah dan skandal 1MDB.

Bank Negara dan Kementerian Kewangan sentiasa menjelaskan bahawa naik turun kadar tukaran ringgit sejak akhir-akhir ini, seperti pada tahun 2022, ini disebabkan oleh fenomena global.

Kita semua tahu bahawa pandemik Covid-19 pada tahun 2020 memberi kesan buruk kepada ekonomi dunia. Sampai sekarang pun, gangguan terhadap rantaian pembekalan global belum pulih sepenuhnya.

Ringgit mula menunjukkan pengukuhan yang lebih stabil dan berpanjangan mulai 2024. Menjelang Januari tahun ini, la mengukuh kepada RM3.99. Bulan lalu (Februari) la mencapai paras terbaik RM3.90, laitu tertinggi dalam tempoh lapan tahun.

Kesimpulannya, sejak diperkenalkan pada tahun 1967, ringgit Malaysia telah melalui pelbagai keadaan politik dan ekonomi dalam dan luar negara bagi mencatatkan prestasi yang boleh dikira cemerlang berbanding dengan mata wang banyak negara bekas tanah jajahan lain.

*Datuk A Kadir Jasin ialah Tokoh Wartawan Negara


No comments:

Post a Comment