Rombakan kabinet dan terkuburnya reformasi
Nuffnang
Syarat utama capai dan , bersedia berubah dan menerima perubahan.
tidak bererti
Fly
Wednesday, December 17, 2025
Terkuburnya reformasi
Sunday, December 14, 2025
SALAH
Salah benam rekod lagi di AnfieldDisember 14,
Penyerang Liverpool, Mohamed Salah melambai kepada penyokong mengucapkan selamat tinggal sebelum ke Piala Negara-Negara Afrika ketika berdepan Brighton pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, Liverpool. The Reds menang 2-0. – Foto AFP
LIVERPOOL, England: Pengurus Liverpool, Arne Slot berkata keputusan menyenaraikan Mohamed Salah dalam skuad adalah mudah sebelum menang 2-0 ke atas Brighton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi, walaupun mengharungi minggu bergolak susulan kritikan keras pemain itu terhadap pasukan.
Salah sebelum itu diketepikan daripada skuad yang mengatasi Inter Milan 1-0 pada kempen Liga Juara-Juara Selasa lalu, namun dia muncul antara pemain terbaik The Reds di Anfield, mencetuskan sorakan berdiri penyokong.
Bantuan gol Salah bagi jaringan kedua Hugo Ekitike membolehkan dia mencipta rekod mutlak pembabitan gol terbanyak bersama satu kelab dalam sejarah EPL dengan 277, memintas rekod Wayne Rooney (276) bersama Manchester United.
"Ia keputusan mudah untuk menyenaraikannya dan saya sudah banyak kali katakan apa yang dibincangkan antara kami kekal antara kami," kata Slot kepada Sky Sports.
"Dia kembali dalam skuad dan kami memerlukannya kerana dia pertukaran pertama yang saya lakukan. Dia mencipta bantuan gol untuk jaringan kedua hasil sepakan sudut, yang juga penting kerana musim ini kami kerap berada di pihak yang rugi dalam situasi bola mati."
Penyokong terus memberi sokongan kepada Salah dengan melaungkan namanya ketika dia berjalan masuk ke terowong selepas wisel penamat.
Salah yang tersenyum menolak permintaan temu bual selepas perlawanan dengan berseloroh: "Dua minggu berturut-turut? Tidak, tidak, tidak."
Dia kini menyertai skuad Mesir untuk Piala Negara-Negara Afrika yang berlangsung sehingga 18 Januari.
"Inilah yang kami jangka sebelum musim bermula," kata Slot. "Harap seorang atau dua pemain yang cedera dapat kembali."
Salah sebelum ini menuduh kelab mengorbankannya dan mendakwa hubungannya dengan Slot retak susulan kecaman pedas selepas seri 3-3 dengan Leeds United, perlawanan ketiga berturut-turut Slot meletakkannya di bangku simpanan walaupun dia penjaring terbanyak liga musim lalu.
Dia turut membayangkan aksi menentang Brighton mungkin perlawanan terakhirnya bersama kelab.
"Saya beritahu keluarga, datanglah ke perlawanan Brighton. Saya tidak tahu sama ada akan bermain atau tidak, tetapi saya mahu menikmatinya," kata Salah.
"Dalam fikiran saya, saya mahu menikmatinya kerana saya tidak tahu apa yang akan berlaku.
"Saya akan berada di Anfield untuk mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong sebelum ke Piala Negara-Negara Afrika. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku selepas itu."
Slot dan Salah mengadakan perbincangan yang disifatkan media Britain sebagai positif kelmarin, selepas jurulatih dari Belanda itu menegaskan beliau "tiada sebab untuk tidak mahukan dia kekal." – REUTERS
kredit: bharian
Saturday, December 13, 2025
pendidikan kebangsaan
Friday, December 12, 2025
UEC

Kerajaan sedia Iktiraf UEC jika penuhi aspirasi nasional – Mohamad Hasan
KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sekiranya sistem itu digubal selaras dengan aspirasi nasional dan dilaksanakan dalam bahasa kebangsaan.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, isu sebenar bukan pelaksanaan UEC, sebaliknya soal pengiktirafan kerana kerajaan sebagai sebuah negara berdaulat perlu memastikan setiap sistem pendidikan menepati misi, nilai serta kepentingan nasional.
Mohamad menjelaskan bahawa kerajaan tidak pernah menghalang Dong Zong daripada melaksanakan UEC sejak tahun 1975 dan sijil itu tidak pernah berdepan sebarang masalah daripada sudut pelaksanaan.
“Kerajaan tidak ada masalah untuk mengiktiraf jika ia dilaksanakan dalam bahasa kebangsaan dan digubal menepati aspirasi nasional.
Selagi ia tidak menepati ciri tersebut, maka ia tidak boleh disetarakan dengan kelayakan nasional,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook.
Beliau menegaskan, sistem pendidikan negara mesti dibina bagi memperkukuh identiti kebangsaan, namun dalam masa sama kerajaan tetap meraikan kepelbagaian kaum dengan tidak menyekat kewujudan sistem pendidikan lain seperti UEC.
Sebelum ini, media melaporkan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming, mahu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan isu pengiktirafan UEC.
Tindakan itu mencetuskan reaksi Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh yang menempelak DAP sambil menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi berhubung perkara tersebut dan merayu agar Perdana Menteri tidak memenuhi tuntutan berkenaan.
Dalam pada itu, Mohamad mengingatkan semua pihak agar tidak mempolitikkan pendidikan kerana ia merupakan wadah penting untuk membentuk identiti nasional serta memupuk kerjasama antara pelajar pelbagai kaum.
“Jika ada rakyat Malaysia yang tidak meyakini misi pendidikan nasional, mereka mempunyai pilihan untuk belajar dalam sistem UEC. Itu tiada siapa menghalang. Tetapi janganlah kerajaan dipaksa untuk mengiktiraf dan menyamaratakan kelayakan tersebut kerana ia tidak digubal untuk memupuk identiti dan keunikan sistem pendidikan nasional,” katanya
Beliau berkata, selagi tiada usaha mereformasi UEC agar selari dengan aspirasi nasional, ia akan kekal sebagai sistem yang tidak setara dengan pendidikan kebangsaan dan tidak wajar diiktiraf.
kredit: MalaysiaGazette
Saturday, December 6, 2025
Sejarah Melayu Dari satu perpektif
Kritikan terhadap Bias Penulis Asal (Megat Hisemudin) tajuk BENARKAH ORANG CHINA BELAJAR MEMBUAT KAPAL DARI ORANG MELAYU?
1. Terlalu Bergantung pada Sumber Teks Cina sebagai "Kebenaran Mutlak": Penulis menggunakan catatan Cina sebagai piawai utama untuk menolak tesis pengaruh Melayu, tetapi mengabaikan kemungkinan bias dan keterbatasan dalam catatan Cina itu sendiri.
Catatan dinasti Cina sering ditulis dari perspektif "Dunia Tengah" (Zhongguo), memandang rendah budaya luar sebagai "barbar". Deskripsi tentang masyarakat di Pulau Ujong sebagai "berekor dan pemakan manusia" lebih mencerminkan prasangka etnografi daripada laporan objektif.
2. Penyempitan Definisi "Melayu": Penulis memisahkan "Funan" secara rigid dari "Melayu" berdasarkan sempadan politik moden. Hujah genetik dan antropologi yang moden jelas menyokong pendapat bahawa terdapat kesinambungan populasi dan budaya Melayu yang merentasi Asia Tenggara, dari Vietnam hingga ke Jawa, Borneo, dan Filipina.
Kapal besar Funan abad ke-3 itu mewakili tradisi pembinaan kapal awal rumpun Austronesia/Melayu-Polinesia, bukan entiti yang terpisah.
3. Mengabaikan Sumber Barat dan Arkeologi Maritim secara melulu. Penulis tidak membincangkan catatan penting seperti:
· Ptolemy (abad ke-2 M) yang menyebut "Sinus Sabaricus" (Teluk Sabara) yang dikaitkan dengan pelabuhan Srivijaya atau "Aurea Chersonesus" (Semenanjung Emas) merujuk kepada Semenanjung Tanah Melayu.
· Pliny the Elder yang menyebut perdagangan rempah dari Timur Jauh.
· Bukti arkeologi kapal seperti teknik lashed-lug, ikat dan pasak kayu (bukan paku besi), shell-first dan penggunaan layar cucur ("crab-claw sail"/layar tanjak) yang merupakan teknologi unggul maritim Austronesia.
4. Kesilapan Logik Kronologi: Penulis menyatakan orang Melayu di Selat Singapura abad ke-3 "masih primitif" sambil mengakui kewujudan kerajaan maritim Funan yang hebat pada masa yang sama. Jika genetik dan budaya mereka berkait, maka kemahiran maritim Funan boleh jadi adalah sebahagian daripada warisan kepakaran maritim yang lebih luas dan tua di Nusantara, bukannya ciptaan terpencil.
Sedangkan
1. Prasejarah dan Genetik:
· Penjelajahan maritim bangsa Austronesia adalah salah satu migrasi terhebat dalam sejarah manusia, bermula 50,000 tahun dulu di Benua Melayu
· Orang Melayu moden adalah penerus langsung kepada penjelajah laut prasejarah ini. Mereka telah menguasai laut ribuan tahun sebelum Dinasti Han China menjadi kuasa utama.
· Data genetik yang menunjukkan keseragaman Asia Tenggara menyokong konsep dunia maritim yang saling berkaitan dengan pertukaran teknologi, bukan silo yang terpisah.
2. Teknologi Kapal: Bukti Arkeologi dan Teknikal:
· Teknik Pembinaan: Kapal tradisional Nusantara menggunakan teknik ikat dan pasak (seperti yang digambarkan dalam catatan "Kunlunpo") yang lebih fleksibel dan tahan lasak di perairan bergelora berbanding kapal papan dicengkam paku besi yang mudah karat dan rapuh.
· Teknologi Layar: Layar cucur ("crab-claw sail") Melayu diakui secara luas sebagai salah satu layar paling efisien untuk belayar menentang arah angin. Layar segi empat tepat Cina sangat terhad dalam kemampuannya untuk beat to windward. Adalah logik jika terjadi pertukaran teknologi di pelabuhan seperti Quanzhou, di mana pembuat kapal Cina dapat memerhati dan menggabungkan kelebihan rekabentuk kapal asing (termasuk Arab dan Asia Tenggara).
· Kapal Zheng He: Terdapat historiografi yang kuat berpendapat bahawa armada "treasure ship" Zheng He (abad ke-15) menggunakan teknologi hibrid – rangka dan saiz gaya Cina, tetapi dengan kemungkinan pengaruh pada bentuk lunas atau teknologi layar dari pengetahuan maritim Asia Tenggara dan India yang telah wujud lama di lautan tersebut.
3. Mentafsir Semula "Kunlun" dan Sumber Cina:
· Istilah "Kunlun" dalam catatan Cina klasik secara konsisten merujuk kepada orang berkulit gelap dari kepulauan Asia Tenggara, bukan orang Cina, Jepun, atau India. Ia adalah penanda etnik untuk pelaut dan hamba dari Melayu Nusantara.
· Catatan Cina tentang "Kunlunpo" (kapal Kunlun) membuktikan dua perkara:
a. Kapal besar yang beroperasi di perairan China dikendalikan/dibina oleh orang Asia Tenggara.
b. Kapal ini begitu terkenal sehingga mendapat nama khas dalam leksikon Cina.
· Kesilapan Manguin mungkin terletak pada mengaitkan kapal itu secara eksklusif dengan satu etnik, tetapi penulis asal pula melakukan kesilapan dengan memisahkannya sepenuhnya dari dunia maritim Melayu.
· "Belajar membuat kapal" dalam erti kata asas:.
Chinas sudah mempunyai tradisi pembinaan kapal mereka sendiri yang berkembang secara bebas Tetapi bukti arkeologi jelas menyatakan kapal Cina adalah jenis tongkang persisir dan sungai. Bukan kapal laut luas.
Banyak bukti bahwa Melayu paling awal belayar 50,000 dahulu dan mereka telah sampai ke seluruh dunia melalui laut. Bangsa lain belum ada belayar malah Genetik mereka muda.
· "Belajar teknologi maritim yang lebih maju" melalui pertukaran dan penyesuaian: Sangat mungkin, terutama untuk China dalam konteks lautan Selatan.
· China adalah tamadun agraria dan fluvial (sungai). Untuk menjelajah lautan lepas (lautan biru), mereka perlu berinteraksi dengan pelaut yang telah menguasainya selama ribuan tahun – iaitu pelaut Melayu.
· Bukti tidak langsung adalah dominasi pelayar Asia Tenggara dalam laluan perdagangan Timur-Barat sehingga abad ke-9-10 M, sebelum kemunculan kapal dagang China berskala besar seperti junk.
· Malah Rom yang berdagang dengan Timur Jauh mungkin menerima barang melalui orang tengah (India, Arab, Asia Tenggara). Pengaruh langsung teknologi kapal Asia Tenggara ke Rom mungkin kecil, tetapi pengetahuan binaan layar, binaan kapal, falaq pelayaran dan lorong2 di laut lepas pasti diturunkan melalui rangkaian maritim yang dikendalikan sebahagian besar oleh pelaut Melayu Benua Melayu.
Kesimpulan: Penulis asal (Megat Hisemudin) gagal memahami konteks sejarah secara multi-disiplin menunjukkan kelemahan dakwaan beliau ekstrem yang berdasarkan pada tafsiran sumber yang salah. Hujahnya sendiri mempunyai bias "Sinocentric" dan mengabaikan keluasan dan kedalaman sejarah maritim Melayu.
Kaabah - Pemandangan Luar Angkasa
Kaabah - Pemandangan Luar Angkasa
Imej dari angkasa lepas paparkan Kaabah bercahaya dari 400km
DHAKA: Sekeping gambar menakjubkan yang dirakam dari orbit menjadi tular dalam talian, memaparkan Kaabah di Makkah bersinar seperti titik bercahaya dari ketinggian 400 kilometer (km) di atas Bumi, lapor United News of Bangladesh (UNB).
Imej yang dirakam dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) itu menonjolkan tapak paling suci umat Islam sebagai pusat yang bercahaya di tengah-tengah bandar raya berkenaan.
Angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Don Pettit, yang baru pulang daripada misinya di ISS, memuat naik gambar itu di X (dahulunya Twitter) dengan petikan: "Pemandangan orbit Makkah, Arab Saudi.
"Titik terang di tengah ialah Kaabah, tapak paling suci umat Islam, kelihatan walaupun dari angkasa," katanya.
Pettit yang terkenal dengan pendekatan artistik terhadap imejan angkasa sepanjang penugasan keempatnya di stesen itu, merakam gambar berkenaan menggunakan kamera Nikon beresolusi tinggi melalui tingkap Cupola ISS.
Sunday, November 30, 2025
Kebakaran besar
Hong Kong berkabung tiga hari, 128 maut dalam kebakaran pangsapuri
Mereka membawa bunga putih dan kuning, meletakkan nota serta gambar sebagai penghormatan kepada mangsa.
Menjelang malam, kawasan itu dipenuhi orang ramai berpakaian gelap.
Antara mereka, seorang wanita berusia 69 tahun, Wong, yang tinggal di situ lebih empat dekad, menyenaraikan jiran yang terkorban termasuk seorang nenek dan cucu berusia 18 bulan.
"Semalam disahkan mereka meninggal," katanya sebak.
Seorang lagi penduduk, Wong Kuen-mui, 67, berkata, kebakaran itu memusnahkan "memori 40 tahun", termasuk gambar zaman kanak-kanak anak-anaknya.
Di seluruh daerah, 18 pusat takziah dibuka termasuk sebuah dewan komuniti yang menjadi lokasi menandatangani buku ucapan takziah.
"Saya hanya berharap mereka tenang di sana," kata seorang lelaki berusia 52 tahun, Ki.
Pada jam 8 pagi, Ketua Eksekutif John Lee bersama pegawai kanan bertafakur tiga minit di luar ibu pejabat kerajaan, dengan bendera China dan Hong Kong dikibarkan separuh tiang.
Semua acara rasmi kerajaan dibatalkan sepanjang tempoh berkabung.
China turut melancarkan kempen nasional bagi mengurangkan risiko kebakaran di bangunan tinggi, lapor CCTV.
Konsulat Filipina mengesahkan seorang pekerja warga Filipina antara mangsa.
Polis memaklumkan, angka korban kekal 128, dengan 44 mayat belum dikenal pasti.
Pasukan Identifikasi Mangsa Bencana telah memeriksa dua daripada lapan menara tanpa menemui mayat baharu.
Sekitar 150 orang masih dilaporkan hilang, manakala lebih 40 mangsa cedera dirawat di hospital, termasuk 19 dalam keadaan kritikal.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong menahan lapan individu berkaitan kebakaran itu dan menahan tiga lagi pada Sabtu.
Kebakaran yang bermula Rabu petang merebak pantas ke tujuh daripada lapan menara di kawasan padat itu.
Siasatan awal mendapati ia bermula pada jaring perlindungan di tingkat bawah sebelum merebak ke papan buih mudah terbakar dan perancah buluh.
Ketua Jabatan Bomba, Andy Yeung berkata. semua sistem penggera di bangunan berkenaan didapati rosak dan berjanji mengambil tindakan terhadap kontraktor.
Penduduk mendakwa mereka tidak mendengar sebarang penggera dan terpaksa mengetuk pintu jiran untuk memberi amaran.
Kebakaran ini adalah yang paling dahsyat sejak 1948 apabila letupan dan kebakaran mengorbankan sekurang-kurangnya 135 orang.
Kerajaan menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat punca kejadian dan menggantung kerja di 30 tapak pembinaan swasta di seluruh bandar
kredit: bharian,reuters



