Rombakan kabinet dan terkuburnya reformasi
December 17, 2025
ROMBAKAN kabinet oleh Datuk Seri Anwar
Ibrahim hari ini tidak sekadar mencerminkan
penyusunan semula pentadbiran — ia sebenarnya
pengumuman rasmi bahawa fasa “reformasi”
sudah ditamatkan dan ditalkinkan. Apa tidaknya,
jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan
kekal digenggam erat oleh orang yang sama.
Janji pemisahan kuasa yang kononnya menjadi
tunjang perjuangan reformasi 1998 kini tingga
l kenangan. Kalau dulu Anwar melaung supaya
Perdana Menteri tidak boleh memegang kantung
negara, hari ini beliau sendiri memegangnya
dengan kedua-dua tangan — dan senyum.
Kabinet pilihan raya, bukan Kabinet Reformasi
Rombakan kali ini lebih menyerupai pelancaran
jentera pilihan raya Pakatan Harapan (PH)
berbanding kabinet pengurusan negara.
Daripada pemilihan portfolio sehinggalah kepada
perimbangan kaum dan wilayah, semuanya
tampak disusun bukan untuk mentadbir dengan
baik, tetapi untuk mengaut undi. Reformasi yang
dahulu kononnya mahu menentang politik feudal
dan kronisme, kini digantikan dengan politik
kalkulator — berapa banyak undi yang boleh
dibeli dengan setiap pelantikan.
No comments:
Post a Comment