Nuffnang

IkutSukaLu

Syarat utama capai dan , bersedia berubah dan menerima perubahan.
tidak bererti

Fly

Fly
Ini blog lu, lu punya fikiran, lu punya persepsi, lu punya selera, lu punya suka apa lu nak conteng dan luahkan kat cni.
PERHATIAN..!!! Ini blog ..., dengan penggunaan bahasa serta yang mungkin keterlaluan bagi sesetengah pihak, jika boleh terima konsepnya teruskan pembacaan, jika sebaliknya dengan penuh hormat dipersilakan 'logout' secepat mungkin. Supaya tidak menyakitkan hati. Berkemungkinan juga bakal membuatkan sesetengah pihak (pembaca) menjadi gila meroyan dengan menambahkan di sini.
puashati...??? Email sama lu: zebraduka@gmail.com

Thursday, December 18, 2025

Taktik ‘bumi hangus’

 Kabinet: Taktik ‘bumi hangus’ Anwar gusarkan..




Nasional

Kabinet: Taktik ‘bumi hangus’ Anwar gusarkan ..

December 17, 2025


ORANG ..
wajib merasa gusar dengan taktik ‘bumi hangus’ Kerajaan Madani dengan rombakan kabinet pasca PRN Sabah yang menghantar isyarat kerajaan pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim bakal hilang kuasa untuk sesi depan.

Pelbagai kecurigaan awam wajib dilihat dengan teliti terutama pos strategik yang dijadikan kuasa tawar menawar Anwar dengan parti paling berkuasa dalam Kerajaan Madani hari ini. Rombakan kabinet kali ini luar biasa sifatnya, kali yang kedua pada sesi Anwar Ibrahim mulai menjawat jawatan itu pada November 2022.

Wibawa Kerajaan pimpinan Anwar ini sejak awal ditertawakan serta dicurigai rakyat dengan anggota Menteri yang lemah, tidak kompeten, jauh untuk dibandingkan dengan negara jiran seperti Indonesia dan Singapura. Pemilihan Menteri yang kalah dalam pilihan raya, yang tidak mempunyai kualifikasi kertas, terpalit dengan skandal dan lain-lain isu yang meruntuhkan wibawa.

Genap setahun lebih menguruskan negara dengan pelbagai polemik awam maka pada 12 Disember 2023, Anwar telah melakukan rombakan kabinet. Dengan apa yang berlaku semalam, dengan riuh geger rakyat Malaysia, bermakna Anwar Ibrahim sudah mempunyai tiga barisan anggota kabinet yang berbeda.

Kali ini bukan biasa-biasa rombakannya, seolah-olah menarik oksigen politik baru untuk kerajaan Madani bernafas. Ancaman serta desakan DAP kepada Anwar Ibrahim untuk melakukan reformasi dibaca ultimatum agar kuasa tawar menawar .
wajar dipertimbangkan agar terus menjadi tarikan pesona pengundi Cina setelah merengkuh telur ayam dalam PRN Sabah bulan lepas.

“Memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dasar demi kesejahteraan rakyat dan negara,” tukas Anwar dalam merasionalkan rombakan kabinet namun rakyat Malaysia tidak menelan bulat-bulat apa sahaja yang keluar daripada mulut bekas pelajar Pengajian Melayu Universiti Malaya itu. Dengan lantikan Menteri serta Timbalan Menteri tidak berdasarkan merit, tiada kemapanan intelektual, malah terpapar usaha licik Anwar untuk terus merakusi pemusatan kuasa.

Anwar sangat naif memilih masa untuk membuat rombakan kabinet walhal, Belanjawan 2026 baru dibentangkan di Parlimen. Bayangkan pembaziran ruang intelektual serta kepakaran bagi Menteri dan pasukannya dalam kementerian yang telah  merancang peruntukan tahunan kementerian. Bukan sedikit pula ruang masa diperuntukkan untuk berhujah dan berbahas di Parlimen. Parlimen yang memanas dengan hujah perdebatan, menunjal akal untuk solusi yang terbaik bagi kemudahan rakyat, kini sebahagian besar daripada mereka perlu bertatih daripada awal semula.

Rombakan kabinet kali ini melibatkan sebanyak 19 buah Kementerian dengan berlakunya pertukaran Menteri, Timbalan atau kedua-duanya, manakala 12 Kementerian yang tidak berlakunya perubahan jawatan Menteri.

DAP mendapat laba politik yang besar daripada ketakutan Anwar Ibrahim hilang kuasa. Empat orang anggota Kabinet daripada .
yang menarik tumpuan massa, tiga daripadanya kerana memperoleh Kementerian dengan peruntukan yang agak lumayan, strategik, malah seperti Kementerian Wilayah Persekutuan, pertama kali bukan .

menguasai secara total dan dibimbangi tidak ada peranan semak imbang bangsa majoriti negara ini. Kuala Lumpur sangat rapuh hubungan komunal malah pernah bersimbah darah dengan tragedi perkauman 13 Mei 1969. Dengan hangat perbahasan mengenai URA, keseriusan DAP memperjuangkan isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) maka orang Melayu dilingkari rasa bimbang.

Kontroversi Hannah Yeoh sebagai melalui buku ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’, sosok besar ..

ini bukanlah watak dingin bagi umat Islam. Kes mahkamah Hannah dengan Dr Kamaruzaman yang pernah menggemparkan negara, buku yang pernah ditulisnya juga gambaran iltizam Hannah kepada agamanya serta korpus kehidupannya. Hannah ditukar kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang menjaga portfolio Wilayah Persekutuan. Sebelum ini, beliau adalah Menteri Belia dan Sukan. Kementerian Belia dan Sukan adalah portfolio yang penting untuk menarik kelompok muda bahkan dengan limpahan dana peruntukan yang besar sebanyak RM1.18 bilion.

Hannah di antara tokoh .
yang selalu diperdebatkan terutama dengan kes mahkamah melawan seorang akademisi Universiti Utara Malaysia, beliau akan menguruskan RM294 juta di bawah JPM Wilayah Persekutuan.

Hannah juga akan menguruskan jumlah kewangan yang besar termasuk belanjawan DBKL berjumlah RM2.84 bilion (tahun 2025) yang berada di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan. Kementerian ini menjaga pusat pentadbiran, perniagaan, pemicu citra negara ini. Sifir politik Anwar adalah untuk pengukuhan kuasa PH namun ianya pastinya merobek hati orang-orang .

. Melepaskan Kementerian Wilayah Persekutuan kepada dua sosok bukan Melayu ini seperti tindakan British memberikan wewenang kuasa kepada Kapitan Yap Ah Loy sebelum zaman kemerdekaan. Impaknya Sutan Puasa, Haji Abdullah Hukum serta orang Melayu secara perlahan-lahan disudutkan ke tepi!

Orang Melayu wajar bimbang dengan cadangan pelaksanaan Pembangunan Semula Bandar (URA), cadangan pilihan raya PBT, juga mengenai nasib kampung-kampung Melayu di ibu kota pada masa akan datang – Kampung Baru, Kampung Padang Balang, Kampung Puah Seberang, Kampung Chubadak, Kampung Bandar Dalam, Kampung Puah Hilir serta puluhan kampung yang didominasi oleh etnik Melayu yang lain.

Gabungan Hannah dan Timbalannya, Datuk Loh Su Fui mengepalai portfolio penting urusan pusat pemerintahan negara ini pastilah merunsingkan orang Melayu. Generasi tua yang pernah hidup semasa peristiwa 13 Mei 1969 pasti mengingati dengan mendalam sorakan perarakan kemenangan puak cauvinis Cina pasca pilihan raya 1969, “Melayu balik kampung… Melayu balik kampung!”.


Dalam politik, 24 jam adalah terlalu lama. Bayangkan, apakah air mata orang Melayu akan tumpah lagi berkali-kali selagi mana Anwar Ibrahim berada di puncak kuasa?


kredit:  HARAKAHDAILY 

No comments:

Post a Comment