Nuffnang

IkutSukaLu

Syarat utama capai dan , bersedia berubah dan menerima perubahan.
tidak bererti

Fly

Fly
Ini blog lu, lu punya fikiran, lu punya persepsi, lu punya selera, lu punya suka apa lu nak conteng dan luahkan kat cni.
PERHATIAN..!!! Ini blog ..., dengan penggunaan bahasa serta yang mungkin keterlaluan bagi sesetengah pihak, jika boleh terima konsepnya teruskan pembacaan, jika sebaliknya dengan penuh hormat dipersilakan 'logout' secepat mungkin. Supaya tidak menyakitkan hati. Berkemungkinan juga bakal membuatkan sesetengah pihak (pembaca) menjadi gila meroyan dengan menambahkan di sini.
puashati...??? Email sama lu: zebraduka@gmail.com

Monday, December 29, 2025

Letupan IED di Nilai


KESELAMATAN negara dan ketenteraman awam adalah aspek paling kritikal perlu dipelihara serta dipertahan sepanjang masa. Tanggungjawab itu ternyata digalas serta dipenuhi dengan jayanya oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Bagaimanapun, ancaman terhadap ketenteraman awam dan keselamatan negara tidak pernah statik, sebaliknya boleh muncul dalam pelbagai bentuk, termasuk kes jenayah terancang, sindiket berskala besar dan rentas sempadan sehingga menimbulkan risiko besar kepada kesejahteraan.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan insiden letupan peranti letupan buatan sendiri (IED) di Nilai, Negeri Sembilan serta paku bertaburan di lokasi kejadian, disusuli penahanan seorang suspek lelaki warga emas berusia 62 tahun, kelmarin. Polis turut merampas peranti serta peralatan di rumah sewa suspek, termasuk alat pencetus letupan, bahan pencuci mudah bakar dan karbon selain unsur belerang. Kes ini secara analoginya menyerupai plot filem Hollywood The Foreigner lakonan Jackie Chan.

Watak berkenaan memiliki kemahiran strategi perang gerila dan keupayaan menghasilkan bom sendiri. Analogi ini menekankan pengetahuan teknikal dan strategi boleh wujud kepada sesiapa sahaja, sekalipun kelihatan biasa, sekali gus menuntut kewaspadaan berasaskan fakta dan pemerhatian yang teliti.

Yang jelas, PDRM menunjukkan kepakaran tinggi dan kesiapsiagaan profesional menangani kes ini. Fokus utama pihak berkuasa ialah menilai tujuan sebenar IED dihasilkan, sama ada untuk eksperimen, ugutan, jenayah atau untuk mencetuskan ketakutan awam. Namun, siasatan juga harus merangkumi latar belakang suspek, sejarah diri, ideologi dianuti serta hubungan dengan mana-mana kumpulan atau sindiket, sama ada di peringkat domestik atau global.

Pendekatan ini penting untuk memahami risiko sebenar, mengenal pasti rangkaian mungkin terbabit dan memastikan tindakan sesuai boleh diambil berdasarkan bukti kukuh. Sekiranya terdapat unsur ekstremisme atau pengaruh ideologi tertentu, PDRM memiliki ketangkasan menilai dengan teliti menggunakan prosedur standard dan kepakaran forensik.

Sementara itu, terdapat beberapa akta relevan boleh diguna pakai bagi menangani kes seperti ini. Seksyen 3, 4 dan 8, Kanun Keseksaan (Akta 574) boleh digunakan bagi mengawal kesalahan menghasilkan atau memiliki bahan letupan.

Akta Bahan Letupan 1957 pula menetapkan peraturan ketat berkaitan penghasilan, pemilikan dan penggunaan bahan letupan. Sementara itu, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) boleh digunakan sekiranya terdapat unsur keganasan atau ancaman terhadap keselamatan negara.

Paling utama, insiden itu harus dijadikan peringatan bahawa keselamatan domestik bukan isu ringan dan terpencil. Masyarakat perlu menyokong siasatan pihak berkuasa, menumpukan perhatian kepada fakta dan bukti, serta mengelakkan sebarang spekulasi. Keupayaan PDRM dalam menguruskan kes sebegini membuktikan negara mempunyai sistem keselamatan mantap, tetapi keberkesanannya turut bergantung kepada kerjasama dan kepekaan masyarakat.

Kes IED di Nilai bukan isu perkauman, tetapi peringatan betapa keselamatan adalah tanggungjawab kolektif yang memerlukan kewaspadaan, disiplin dan sokongan berterusan. Kes ini menegaskan kepada kita keselamatan awam adalah tanggungjawab bersama


No comments:

Post a Comment