Nuffnang

IkutSukaLu

Syarat utama capai dan , bersedia berubah dan menerima perubahan.
tidak bererti

Fly

Fly
Ini blog lu, lu punya fikiran, lu punya persepsi, lu punya selera, lu punya suka apa lu nak conteng dan luahkan kat cni.
PERHATIAN..!!! Ini blog ..., dengan penggunaan bahasa serta yang mungkin keterlaluan bagi sesetengah pihak, jika boleh terima konsepnya teruskan pembacaan, jika sebaliknya dengan penuh hormat dipersilakan 'logout' secepat mungkin. Supaya tidak menyakitkan hati. Berkemungkinan juga bakal membuatkan sesetengah pihak (pembaca) menjadi gila meroyan dengan menambahkan di sini.
puashati...??? Email sama lu: zebraduka@gmail.com

Thursday, January 15, 2026

Kisah Cucu dan Atok

 Kisah Cucu dan Datok


atok atok sibongkok tiga

siang tidur malam berjaga

mencari cucu dimana ada

untuk dibawa besama-sama


atok atok cucu nak tanya

didalam gua ada apa

puas sudah cucu bertanya

mencari atok cucu tak jumpa


cucu-cucu janganlah takut

atok ada kuasa sakti

kesana kemari atok mencari

janganlah cucu cuba sembunyi


atok atok, ini cucu

cucu kemari bertanya lagi

adakah atok tidak mati

sekian lama cucu mencari

kenapa atok berdiam diri


cucu cucu ini atok

atok kemari nak tunjuk bukti

dengarlah cucu janganlah lari

atok kini menunggu mati


atok atok cucu nak tanya

selain cucu ada yang jumpa

cucu melihat semuanya hebat

macamlah dia dah tahu tempat


cucu cucu ini atok

atok tidur didalam gua

kalau tak berani jangan mencuba

sekadar tunggu di pintu gua


cucu cucu dipintu gua

atok menanti sangatlah lama

kenapa cucu tak kunjung tiba

kelak nanti cucu tak jumpa


cucu cucu berhati hati

jalan ini gelap sekali

tiada cahaya dapat di jumpa

jalan penamat itu tempatnya

janganlah cucu ke mana mana


ATOK ATOK CUCU BERTANYA

JALAN YANG LURUS IKUT MANA

SUDAH PUAS CUCU MERABA

SAMPAI SEKARANG CUCU TAK JUMPA


cucu cucu janganlah risau

kalaulah kelam keluar semula

jangan terus jalan yang sama

nanti cucu tak dapat jumpa


cucu cucu jangan lupa

masa atok dah makin tiba

cari atok di hujung sana

atok dah sampai dipintu gua


atok atok cucu bertanya

kenapa atok sunyi sahaja

apakah ilmu yang atok bawa

cuba terangkan cucu mendengarnya


cucu cucu ini atok

ilmu atok macam-macam ada

janganlah cucu suka bertanya

kelak nanti cucu tak percaya


atok atok cucu nak tanya

atok tinggal dengan siapa

gelap gelita tiada cahaya

menjadi misteri sebuah GUA


cucu cucu atok disini

gelap gelita pekara biasa

usahlah cucu merasa hiba

kelak cucu akan jumpa


atok atok ,atok dimana

gelap gelita cucu tak jumpa

sudah puas meraba raba

namun masih cucu tak jumpa


cucu cucu ini atok

dimana cucu atok nak jumpa

berdiri cucu di pintu gua

janganlah cucu kemana mana


atok atok cucu disini

dari tadi cucu menanti

dimana atok jangan sembunyi

sekiranya lama cucu akan mati


ATOK ATOK DATANG KEMARI

CUCU DISINI TAKUT SEKALI

PELBAGAI DUGAAN YANG CUCU LALUI

DATANG KEMARI SELAMATKAN KAMI


cucu cucu atok dah datang

dipintu gua atok berdiri

janganlah cucu cuba sembunyi

sebenarnya atok banyak sakti


atok atok cucu bertanya

sebenarnya atok ini siapa

bermacam macam yang bercerita

kenapa mereka tak jumpa jumpa


atok atok datang ke mari

cucu mencari dari tadi

sambutlah cucu ,cucu menanti

janganlah atok mungkir janji


cucu cucu ini atok

atok berdiri di sebelah sini

celikan mata pandang kemari

atok menanti dari tadi


atok atok ini cucu

cucu berdiri di sebelah sini

mana atok jelmakan diri

pasti cucu senang hati


atok atok ini cucu

dimana atok diterang sunyi

cucu mencari dari tadi

kenapa atok tak jumpa kami


atok atok yang banyak sakti

tunjukan bukti pada cucu mu ini

kenapa harus atok sembunyi

dalam terang cucu mencari


ATOK ATOK CUCU MENCARI

APAKAH SAKTI YANG ATOK MILIKI

ADAKAH TONGKAT MENJADI BUKTI

ATAU AMALAN SEMASA SENDIRI


atok atok yang banyak sakti

cucu takut bila sendiri

kenapa atok berdiam diri

sambutlah cucu yang LEMAH ini


atok atok cucu menanti

kenapa atok tak jelma lagi

apakah itu dinamakan sakti

sehingga atok tak muncul lagi


cucu cucu ini atok

atok berdiri dari tadi

kenapa cucu resah dihati

atok kemari jelmakan diri


CUCU CUCU ATOK DISINI

TAMPA TONGKAT ATOK BERDIRI

ATOK SIHAT DAN MASIH KUAT

JANGAN CUCU SUSAH HATI


cucu cucu ini atok

tangan dihulur atok sambut

janganlah cucu merasa takut

dari tadi atok yang sebut


cucu cucu yang dari tadi

apa sebenarnya cucu cari

atok ini tiada sakti

bila disebut pasti jadi


cucu cucu atok disini

atok berdiri sebagai lelaki

kenapa harus ada sakti

setiap yang hidup pasti mati


cucu cucu atok disini

tampa tongkat atok berdiri

melihat cucu sejak dari tadi

seperti cucu dah lupa diri


cucu cucu yang disana

sebenarnya atok orang muda

sebab itu cucu tak jumpa

kerana cucu tak PERCAYA


cucu cucu atok nak cerita

ternakan atok mati semua

sahabat atok dah binasa

buat persiapan menuju kesana


cucu cucu atok nak tanya

apakah persiapan yang cucu bawa

kerana atok DAH BERSEDIA

melangkah kedepan dengan kata-kata


cucu cucu atok nak cerita

atok ada satu rahsia

kerana masa dah hampir tiba

terpaksa atok buka rahsia


CUCU CUCU PESAN PADA SEMUA

ATOK BERDIRI TAMPA GUNA SAKTI

JANGAN CUCU SALAH SANGKA

NANTI CUCU AKAN MERANA


------------------------------


atok atok cucu nak tanya

kenapa islam bertelagah semua

bila bicara ikut kata dia sahaja

kenapa manusia macam ni semua


atok atok cucu nak tanya

tempat cucu macam gerhana

jawaplah atok cucu bertanya

kenapa atok apa sebabnya


----------------------------


atok atok cucu nak tanya

didalam kotak ada apa

ada yang menyalak ada bercerita

sebenarnya cucu tak tahu apa


atok atok ajarlah cucu

cucu nak dengar cerita atok

jangan atok diam membisu

nanti cucu makin teruk


----------------------------


atok atok cucu bertanya

didalam gua ada apa

kenapa atok suka disana

di luar terang lagi bercahaya


atok atok bukalah rahsia

jangan atok diam sahaja

cucu ini suka mendengarnya

bila pulang cucu bercerita

--------------------------------


atok atok cucu nak tanya

lepas ini atok kemana

kedalam gua atau kemana

cucu nak ikut cucu nak serta


atok atok didalam gua

apa santapan apa kudapan

didalam gua tiada makanan

mula lemah lama rebah


atok atok apakah rahsia

dalam gelap atok keluar

tiada cahaya tiada sinaran

didalam gelap atok berjalan


atok atok cucu bertanya

apakah panduan apakah pedoman

sehingga atok boleh tinggal

didalam gelap dan juga suram


-------------------------------


atok atok si penunggu gua

diluar gempita didalam macamana

cucu datang ingin bertanya

kenapa cucu tido tak lena


atok atok cucu nak maksudnya

didalam kotak bertiang tiga

apa cerita apa maksudnya

jelaskan segera cucu bertanya


atok atok dipintu gua

bolehkah cucu masuk kesana

tampa sinaran dan juga cahaya

adakah cucu mampu ke sana


----------------------------------


atok atok..penatlah cucu

jauh ke lagi distinasi

tempat atok bersemadi

tunjukan nanti cucu cari


atok atok digelap gelita

cucu datang ingin bertanya

berapa ramai cucu yang ada

beri tahu,, cucu menjemputnya


atok atok didalam gua

cucu datang berserah jiwa

tolonglah cucu yang sensara

hidup di luar banyak helahnya


----------------------------------


ma aaafff atookkk... anaak cccuuucuuu tummmppaanggg llllaaaalluuu!!!


----------------


tak payah tanya atok..

tak payah mintak atok itu ini...


ALLAH ada.

entah entah..atok ni pun meraba dok dlm gua gelap.


kalau cina...latok latok


Ha...ha...ha...


Sekadar merilek kan minda...


Pantun

 

PANTUN MELAYU


tanjak keris pakaian melayu

pakai sama seri bunian

kalau nampak pohon yang layu

ambil air tolong siramkan


padang orang atok bertinjit

di padang cucu jangan termenung

kalau cucu berdikit dikit

busut anai menjadi gunung


anakanda bonda bahasa istana

hamba sahaya rakyat jelata

kalau pantun tidak bermakna

bagai tombak tidak bermata


—-------

hujan di luar lebat sekali

mengisi penuh air di kali

jangan cucu merasa rugi

zakat menyuci harta dan diri


banyak onak ranjau dan duri

jalan menuju ke gua ini

jangan cucu lupa mencari

rakan sahabat teman sejati


tuntut ilmu biar berguru

berenang berkuda dan memanah

cucu cari banyakkan ilmu

di hujung ilmu ada hikmah


di dinding gua ada terpahat

sudah berabad hampir tak nampak

adab dijaga membawa berkat

berkat terkandung baik yang banyak


adab bersiram tuan puteri

air mandian tujuh bunganya

hendak lah cucu berhati hati

duri bidara ada cangkuknya


kalau berguru cari pendeta

diri dan murid mendapat berkat

tenung pendeta penuh makrifat

pandang ke timur nampak di barat


tuan puteri hendak beradu

dayang dan kawal  kena berjaga

kalau cucu hendak mangadu

mengadu pada Allah Yang Esa


atok menyusun sepuluh jari

memohon maaf cucu ku ini

hendak lah cucu selalu berbudi

budi dikenang walau dah mati


terlajak kata terkasar bahasa

terlalu cara kadang manusia

hendak lah cucu maafkan saja

sebelum tinggalkan dunia yang fana


ibu mengandung sembilan bulan

makan dikunyah tidak tertelan

yang baik cucu buat tauladan

yang buruk pula buat sempadan


buah delima dibalik daun

buat ulam si anak raja

dalam gua bertahun tahun

baru semalam juga rasanya


apa dikesal hari semalam

buah terlepas dari tangkainya

cucu di luar atok di dalam

waktu kita sama banyaknya


alasan berjalan kaki seribu

tekad di hati hanya lah satu

pendekar bertikam hendak lah tahu

jangan keris tidak berhulu



biduk lalu kiambang bertaut

berlunjur duduk sebelum berdiri

kalau cucu hendak berpaut

jangan cari dahan berduri


hidup kadang bergurau senda

jadi teman sepanjang jalan

kalau cucu sultan melaka

hendak kah cucu atok tabalkan


apa ada di melaka

puing sejarah berserakan

hendak lah cucu berjaga-jaga

ada pelandok terperangkap di hutan


naik perahu jangan berlumba

elok cucu memancing ikan

kalau benar katakan ia

kalau salah sama betulkan


atok berjalan berkaki ayam

dari timur hingga ke barat

kalau salah sama betulkan

jangan cucu bertegang urat




kalau dengar ayam berkokok

jangan disangka hari nak pagi

jalan atok terbongkok bongkok

boleh berdiri sebelah kaki



berkokok disana berkokok disini

dikampung  orang jangan begini

ikut lah cucu resmi padi

walaupun tunduk tapi berisi



apa dibaca dari titik

titik di atas lain bunyinya

apa dipandang pada yang cantik

kalau tidak akal budinya


kalau mengaji ada harakaat

dalam gelanggang atok bersilat

ada melayang seperti kilat

andai bergolek mestikah bulat






hendak lah cucu selalu waspada

jerat rak pernah lupakan pelandol





ada alim alim cerita

gegak gempita jadi suasana





ada batuk di atas tangga

air diceduk dari telaga

kalau selalu bermuram durja

orang muda berupa tua






hidup cucu biar berbakti

jangan beduk tidak berbunyi


cendrawasih makannya awan

tidak ia turun kebumi

kalau kasih tidak berlawan

bagai pohon mati berdiri


kalau tenung bintang di langit

jangan lupa rumput di bumi

jangan cucu ........

nanti mati memakan hati


bila malam menjadi hitam

semut hitam seperti hilang

bukan mata pedang tak tajam

tapi pendekar langkahnya sumbang


kalau berjalan seorang diri

awas lah cucu kanan dan kiri

apalah makna pendekar sejati

keris sendiri menikam diri


berdiam tuah memendam rasa

mengirim tun teja ke istana melaka

manis racun bagaikan gula

pahit ubat menyembuh luka



Rasuah dan Pertahanan

 Rasuah Gugat Pertahanan 


1. Menyambung berita dan perbahasan mengenai dakwaan rasuah besar-besaran dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekarang, elok kalau saya sebutkan sikit perspektif sejarah.


2. Pertama, kemampuan mendedahkan skandal rasuah seperti yang dilakukan oleh Badrul Hisham bin Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che'gu Bard dan para pemberi maklumat (whistleblower) yang lain mustahil tercapai tanpa ledakan media sosial. 


3. Melalui perkongsian secara meluas dan bebas dengan orang ramai, pemberi maklumat ini mendapat perhatian umum dan sekali gus memaksa pihak berkuasa bertindak. 


3. Walaupun sesetengah mereka dikenakan tindakan, termasuk tangkapan dan pendakwaan oleh agensi-agensi abang besar (big brother) seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Alhamdulillah sehingga sekarang nyawa mereka selamat.


4. Berbanding pendedahan Skandal 1MDB yang banyak berlaku atas initiatif  kalangan politik dan dihebahkan melalui Blog, exposé sekarang lebih luas, agresif dan dipacu oleh lebih banyak pihak yang menggunakan lebih banyak platform media sosial. 


5. Kedua, skandal kewangan dalam Kementerian Pertahanan dan ATM bukanlah perkara baru atau asing. Malah, tidak keterlaluan kalau dikatakan Kementerian Pertahanan adalah sarang rasuah, salah guna kuasa dan manipulasi perbelanjaan awam.


6. Kalau kita ikut garis masa yang ada atas talian dan arkib berita, kita akan dapati skandal perolehan di Kementerian Pertahanan dan ATM  sudah lama berlaku dan secara berterusan.


7. Dari awal kemerdekaan (1957) hingga tahun 1970-an, perolehan pertahanan tidak menjadi isu besar kerana ATM mewarisi kelengkapan zaman penjajahan dan mendapat bantuan luar seperti Perjanjian Pertahanan Lima Negara (Malaysia, Singapura, United Kingdom, Australia dan New Zealand). 


8. Kalau kita tanya Kepintaran Buatan (AI), jawapannya adalah jet pejuang moden kita yang terawal adalah Canadair CL-41G Tebuan dan CAC Sabre, Amerika Syarikat. Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerima pesawat ini pada penghujung 1960-an dan awal 70-an.


9. Saya pernah terlibat menguruskan berita berkaitan skandal perolehan ATM pada awal tahun 1980-an yang membabitkan pembelian kelengkapan tidak bermutu. Peristiwa itu melibatkan peletakan jawatan seorang pegawai kanan Tentera Darat berpangkat Leftenan Jeneral. 


10. Seingat saya, itulah skandal perolehan yang terawal. Ekoran pendedahan itu, yang kalau tidak silap oleh Akauntan Negara, media massa menyelongkar hinggalah kepada harga mi segera untuk tentera. 


11. Selepas itu, rasuah dan pelanggaran kontrak perolehan menjadi sistematik dan mencapai kemuncak kejahatan dengan pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada tahun 2006.


12. Peristiwa cela ini bermula apabila pembantu rapat bekas Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, iaitu Abdul Razak Abdullah Baginda, melalui syarikat bernama Perimekar Sdn Bhd, dibagi hak menguruskan pembelian dua buah kapal selam dari Perancis. 


13. Aspek rasuah dan salah guna kuasa projek itu ditenggelamkan oleh kes pembunuhan Altantuya. Tetapi pendakwaan rasuah masih berjalan di Perancis.


14. Berpuluh-puluh projek berkaitan ATM sama ada tergendala, melebihi kos, diselamatkan (rescue) atau dibatalkan terus akibat salah guna kuasa, rasuah dan campur tangan politik.


15. Rakyat jelata sudah banyak kali dibuaikan dengan janji-janji manis oleh kerajaan demi kerajaan. Jadi susah hendak percaya sepenuhnya kalau kali ini pun ia bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.


16. Pada 12 Januari, media massa memetik Menteri Pertahanan, Mohamad Khaled Nordin sebagai berkata, Pelan Antirasuah Kementerian Pertahanan akan dirombak secara besar-besaran.


17. Natijahnya, sudah ada rancangan antirasuah yang melibatkan ATM tetapi sama ada tidak dilaksanakan atau sekadar melepas batuk di tangga saja. 


18. Kesimpulannya, kita hanya boleh berharap yang ATM, dengan kira-kira 160,000 anggota, termasuk anggota simpanan, cukup bersiap sedia dan mampu mempertahankan negara.


19. Sejak tamat peperangan dengan pasukan bersenjata Parti Komunis Malaya dan Konfrontasi Indonesia, kita sangat-sangat bernasib baik kerana tidak menghadapi serangan besar-besaran daripada mana-mana pihak. 


20. Tetapi, dengan apa yang telah dan sedang kita lihat berlaku kepada ATM, kita hanya boleh berdoa dan berharap yang kebimbangan kita adalah tidak berasas.


Wallahuaklam. Terima kasih.

 kredit: A KADIR JASIN


KJ Dan UMNO


KJ hadir Perhimpunan Agung UMNO hari ini



Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO di WTCKL hari ini. NSTP/ASYRAF HAMZAH


KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membuat kemunculan pertamanya di Perhimpunan Agung UMNO hari ini sejak dipecat daripada parti itu pada 2023.

Beliau yang berpakaian baju Melayu putih lengkap bersamping merah dan bersongkok, menghadiri Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO atas jemputan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.

Khairy tiba di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bersama Dr Muhamad Akmal, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan beberapa bekas Ketua Pemuda UMNO yang lain.

Ketibaan mereka disambut dengan satu majlis ringkas, termasuk paluan gendang dan persembahan silat pendek.


Ini kehadiran pertama Khairy ke Perhimpunan Agung UMNO sejak beliau dipecat daripada parti itu pada 2023 atas dakwaan memperlekehkan dan mensabotaj kempen Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Khairy yang juga , bekas Ahli Parlimen Rembau, sebelum ini menuduh Umno telah tersasar daripada hala tuju asal dan menampilkan dirinya sebagai alternatif politik.

Seorang sumber parti berkata Lembaga Disiplin Umno, ketika meneliti kes membabitkan Khairy yang ketika itu merupakan calon BN bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh, telah meneliti beberapa bahan bukti termasuk rakaman video yang didakwa menunjukkan beliau memperlekehkan parti.

Pada Oktober tahun lalu, satu sumber mendedahkan Khairy dijangka kembali menyertai UMNO menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah pada November lalu.

Sumber berkata itu, kepulangan Khairy mendapat restu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sumber berkenaan berkata, Ahmad Zahid dikatakan memberi restu secara peribadi ketika mereka menghadiri majlis perkahwinan anak Ketua UMNO Perlis, Datuk Razabil Abdul Rahman.

Tiga hari selepas laporan itu diterbitkan, Khairy akhirnya bersuara dan meminta pihak media memberinya masa beberapa minggu untuk memberikan penjelasan.

Sejak itu, beliau tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan.



kredit: bharian







































































































Wednesday, January 14, 2026

PAS Dan UMNO

 

Suzalina Halid

am@hmetro.com.my

Ahmad Zahid 'harap' PAS terbubar sendiri selepas UMNO pinda Perlembagaan parti



Kuala Lumpur: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, 'berharap' PAS akan terbubar dengan sendirinya susulan UMNO sudah meletakkan agama Islam di hadapan, melalui pindaan Perlembagaan parti pada 2019.

Ahmad Zahid menyatakan perkara demikian bagi 'mengimbau' kembali amanat disuarakan bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mencadangkan supaya UMNO dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baharu berlandaskan Islam.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, UMNO mempunyai jasa besar khususnya dalam memartabatkan agama Islam melalui Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

"Ada rakan dari PKR dan AMANAH hadir di sini apabila Almarhum Nik Aziz menyebutkan UMNO jika satu ketika nanti meletakkan asas Islam dalam Perlembagaannya, dalam Perlembagaan UMNO maka PAS akan dibubarkan.

"Saya anggap itu sebagai wasiat. Apabila saya mengambil alih kepimpinan UMNO itu perkara utama saya lakukan adalah meletakkan dalam Perlembagaan UMNO soal Islam.

"Tetapi PAS belum terbubar lagilah, saya harap akan terbubar dengar sendirinya," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia, di sini, hari ini.

Pada masa masa, Ahmad Zahid menegaskan UMNO tidak pernah menolak Islam dan jauh sama sekali mahu berniat untuk mengeksploitasinya.

"Islam bagi UMNO ialah panduan kenegaraan, dan bukannya untuk modal politik... Islam dibina melalui dasar dan institusi, bukan slogan retorik," katanya.

Pada 2008, Allahyarham Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan, dilaporkan mencadangkan supaya UMNO dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

Media ketika itu melaporkan Allahyarham berkata, Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan mana-mana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, UMNO bersedia menjemput PAS untuk sama-sama bergabung dalam sebuah organisasi yang memfokuskan agenda Islam, di luar lingkungan politik seperti Multaqa Ilmuwan Islam.

Beliau berkata, pengumuman berhubung organisasi itu bagaimanapun akan dibuat pada hari terakhir persidangan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) nanti.

"Kita akan melakukannya pada hari terakhir PAU, saya akan mengumumkan sesuatu iaitu sebuah organisasi di luar lingkungan politik.

"Saya cadangkan untuk kita menubuhkannya dan Kabinet juga sudah meneruskannya dan saya akan umumkan," katanya.

Beliau berkata, melalui penubuhan Majlis Ulama UMNO yang diwujudkan sejak 2018 ini, ia adalah usaha parti untuk mengenepikan soal ideologi politik.

"Apabila bercakap mengenai soal agama, kita mesti melakukan penyatuan fitrah dan pemikiran atau tindakan...ini yang kita lakukan, kita lebih berhasrat untuk terbuka melakukannya," katanya.


Disiarkan pada: Januari 13, 2026 @ 4:05pm


kredit: hmetro












































































Karier antarabangsa Salah


Januari 14, 2026 @ 9:34am

Salah atasi pencapaian Messi, Ronaldo


Salah (kanan) kini mencapai 100 sumbangan gol antarabangsa untuk Mesir, menggabungkan gol dan umpanan gol lebih pantas daripada Messi dan Ronaldo. - Foto AGRNSI


RABAT: Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) sentiasa menjadi pentas untuk menguji dan membentuk legasi pemain.

Ketika kejohanan menghampiri fasa penentuan, sorotan kembali tertumpu kepada Mohamed Salah, yang mana pengaruhnya melangkaui taktikal dan formasi.

Dengan Piala Dunia 2026 semakin hampir, kapten Mesir itu berada di persimpangan antara cita-cita pasukan dan sejarah peribadi menarik dibandingkan dengan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, dua penanda aras kecemerlangan antarabangsa.

Di peringkat kelab, Salah masih tonggak utama Liverpool, tetapi AFCON adalah pentas yang mana legasinya bersama Mesir menunggu detik kemuncak.

Ketika The Pharaohs mara ke separuh akhir, pencapaian statistik luar biasa meletakkan Salah di hadapan nama-nama ikonik bola sepak - sekurang-kurangnya dalam satu ukuran penting.


Kapten Mesir, Mohamed Salah meraikan kemenangan ke atas Ivory Coast pada suku akhir Piala Negara-Negara Afrika di Agadir, Maghribi. – Foto REUTERS

AFCON 2025 kini menyaksikan empat pasukan gergasi: Mesir, Senegal, Maghribi dan Nigeria.

Setiap negara hadir dengan identiti tersendiri, pelan taktikal jelas dan barisan pemain mampu menentukan keputusan perlawanan menerusi perincian terkecil.

Keempat-empat pasukan ini sudah dijangka sebagai pencabar terkuat sebelum kejohanan bermula dan kehadiran mereka di separuh akhir mengukuhkan penilaian itu.

Separuh akhir Mesir menentang Senegal dan Maghribi lawan Nigeria menjanjikan bukan sekadar aksi menarik, tetapi juga pertembungan falsafah bola sepak berpengalaman bertahun-tahun.

Bagi Mesir, pentas ini terasa biasa tetapi belum lengkap. The Pharaohs merupakan negara paling berjaya di Afrika, namun kejayaan terakhir di peringkat benua adlah pada 2010 sebelum Salah membuat penampilan sulung antarabangsa.


Detik rekod terserlah

Di sebalik strategi dan jangkaan juara, satu pencapaian peribadi luar biasa muncul yang mengubah pandangan terhadap karier antarabangsa Salah.

Salah kini mencapai 100 sumbangan gol antarabangsa untuk Mesir, menggabungkan gol dan umpanan gol lebih pantas daripada Messi dan Ronaldo.

Penyerang Liverpool itu merealisasikan pencapaian itu ketika kemenangan dramatik pada suku akhir menentang juara bertahan Ivory Coast.

Rekod antarabangsanya kini 65 gol dan 35 bantuan gol dalam 111 penampilan, tahap produktiviti yang hanya dicapai dalam lebih sedikit perlawanan oleh Pele dan Neymar.

Sebagai perbandingan, Messi memerlukan 122 perlawanan, manakala Ronaldo 136 penampilan untuk mencapai angka sama. – AGENSI


kredit:

1. bharian

2. AGENSI

3. REUTERS 


































Tuesday, January 13, 2026

Menghadiri solat Jumaat

 🇸🇳 Pape Thiaw, jurulatih Senegal, menjawab mereka yang menyeru pasukan Senegal supaya tidak meninggalkan kem untuk menghadiri solat Jumaat:


"Bola sepak, pada akhirnya, hanyalah permainan. Saya dikejutkan dengan beberapa suara yang meminta kami tinggal di kem dan tidak keluar untuk menunaikan solat Jumaat, seolah-olah ia (Solat Jumaat) sesuatu yang remeh atau sesuatu yang boleh dikompromi.


Tidak masuk akal untuk meninggalkan negara kita untuk perlawanan bola sepak, namun teragak-agak untuk keluar menemui Tuhan. Kami akan menunaikan solat Jumaat bersama-sama, walaupun ia merugikan atau tersingkir, kerana nilai dan prinsip akan sentiasa mengatasi sebarang keputusan sukan.”


Muslim adalah menjadikan Allah pusat kepada kehidupan bukannya sebaliknya. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu-, ia berkata bahwa Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam bersabda, Allah Ta’ala berfirman: 


Aku sesuai persangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya ketika ia mengingat-Ku. Jika ia mengingat-Ku saat bersendirian, Aku akan mengingatnya dalam diri-Ku. Jika ia mengingat-Ku di suatu kumpulan, Aku akan mengingatnya di kumpulan yang lebih baik daripada pada itu (kumpulan malaikat). 


Jika ia mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia mendekat kepada-Ku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepada-Ku dengan berjalan (biasa), maka Aku mendatanginya dengan berjalan cepat.” 

(HR. Bukhari no. 6970 dan Muslim no. 2675).



kredit

1. Firdaus Wong

2. fb