Nuffnang

IkutSukaLu

Syarat utama capai dan , bersedia berubah dan menerima perubahan.
tidak bererti

Fly

Fly
Ini blog lu, lu punya fikiran, lu punya persepsi, lu punya selera, lu punya suka apa lu nak conteng dan luahkan kat cni.
PERHATIAN..!!! Ini blog ..., dengan penggunaan bahasa serta yang mungkin keterlaluan bagi sesetengah pihak, jika boleh terima konsepnya teruskan pembacaan, jika sebaliknya dengan penuh hormat dipersilakan 'logout' secepat mungkin. Supaya tidak menyakitkan hati. Berkemungkinan juga bakal membuatkan sesetengah pihak (pembaca) menjadi gila meroyan dengan menambahkan di sini.
puashati...??? Email sama lu: zebraduka@gmail.com

Wednesday, January 14, 2026

PAS Dan UMNO

 

Suzalina Halid

am@hmetro.com.my

Ahmad Zahid 'harap' PAS terbubar sendiri selepas UMNO pinda Perlembagaan parti



Kuala Lumpur: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, 'berharap' PAS akan terbubar dengan sendirinya susulan UMNO sudah meletakkan agama Islam di hadapan, melalui pindaan Perlembagaan parti pada 2019.

Ahmad Zahid menyatakan perkara demikian bagi 'mengimbau' kembali amanat disuarakan bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mencadangkan supaya UMNO dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baharu berlandaskan Islam.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, UMNO mempunyai jasa besar khususnya dalam memartabatkan agama Islam melalui Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

"Ada rakan dari PKR dan AMANAH hadir di sini apabila Almarhum Nik Aziz menyebutkan UMNO jika satu ketika nanti meletakkan asas Islam dalam Perlembagaannya, dalam Perlembagaan UMNO maka PAS akan dibubarkan.

"Saya anggap itu sebagai wasiat. Apabila saya mengambil alih kepimpinan UMNO itu perkara utama saya lakukan adalah meletakkan dalam Perlembagaan UMNO soal Islam.

"Tetapi PAS belum terbubar lagilah, saya harap akan terbubar dengar sendirinya," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia, di sini, hari ini.

Pada masa masa, Ahmad Zahid menegaskan UMNO tidak pernah menolak Islam dan jauh sama sekali mahu berniat untuk mengeksploitasinya.

"Islam bagi UMNO ialah panduan kenegaraan, dan bukannya untuk modal politik... Islam dibina melalui dasar dan institusi, bukan slogan retorik," katanya.

Pada 2008, Allahyarham Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan, dilaporkan mencadangkan supaya UMNO dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

Media ketika itu melaporkan Allahyarham berkata, Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan mana-mana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, UMNO bersedia menjemput PAS untuk sama-sama bergabung dalam sebuah organisasi yang memfokuskan agenda Islam, di luar lingkungan politik seperti Multaqa Ilmuwan Islam.

Beliau berkata, pengumuman berhubung organisasi itu bagaimanapun akan dibuat pada hari terakhir persidangan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) nanti.

"Kita akan melakukannya pada hari terakhir PAU, saya akan mengumumkan sesuatu iaitu sebuah organisasi di luar lingkungan politik.

"Saya cadangkan untuk kita menubuhkannya dan Kabinet juga sudah meneruskannya dan saya akan umumkan," katanya.

Beliau berkata, melalui penubuhan Majlis Ulama UMNO yang diwujudkan sejak 2018 ini, ia adalah usaha parti untuk mengenepikan soal ideologi politik.

"Apabila bercakap mengenai soal agama, kita mesti melakukan penyatuan fitrah dan pemikiran atau tindakan...ini yang kita lakukan, kita lebih berhasrat untuk terbuka melakukannya," katanya.


Disiarkan pada: Januari 13, 2026 @ 4:05pm


kredit: hmetro












































































No comments:

Post a Comment