Nuffnang

IkutSukaLu

Syarat utama capai dan , bersedia berubah dan menerima perubahan.
tidak bererti

Fly

Fly
Ini blog lu, lu punya fikiran, lu punya persepsi, lu punya selera, lu punya suka apa lu nak conteng dan luahkan kat cni.
PERHATIAN..!!! Ini blog ..., dengan penggunaan bahasa serta yang mungkin keterlaluan bagi sesetengah pihak, jika boleh terima konsepnya teruskan pembacaan, jika sebaliknya dengan penuh hormat dipersilakan 'logout' secepat mungkin. Supaya tidak menyakitkan hati. Berkemungkinan juga bakal membuatkan sesetengah pihak (pembaca) menjadi gila meroyan dengan menambahkan di sini.
puashati...??? Email sama lu: zebraduka@gmail.com

Thursday, January 1, 2026

Tahun Baharu 2026


Januari 1, 2026 @ 12:53am


PM meriahkan sambutan Tahun Baharu 2026






KUALA LUMPUR: Suasana meriah mewarnai Pavilion Bukit Bintang tengah ibu kota malam ini apabila Majlis Visit Malaysia 2026 Countdown Festival berlangsung dengan penuh gemilang.

Majlis yang diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berlangsung dengan Persembahan Kebudayaan 'Simponi Generasiku', Lintas Langsung Sambutan serta Tarian Lagu Tema Visit Malaysia 2026, Surreal Experiences di samping acara hitung detik 12 tengah malam.

Acara anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berlangsung meriah di perkarangan Pintu Utama Pavilion Bukit Bintang.




Hadir sama, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud; Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Shaharuddin Abu Sohot dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Fadlun Mak Ujud.
Ruang udara Bandaraya Kuala Lumpur dihujani persembahan bunga api dan dron yang menyaksikan imej Selamat Datang 2026, Welcome 2026, maskot Visit Malaysia, Wira dan Manja.



Acara sejak 7.30 malam itu diwarnai dengan persembahan kebudayaan, pertunjukan cahaya dan muzik, sekali gus memberi gambaran jelas mengenai tarikan unik Malaysia meraikan 2026.

Acara itu turut distrim oleh kira-kira 14 juta pelayar melalui alam maya.

Sementara itu, King Sing dalam teks ucapannya, berkata, Malaysia menyambut Tahun Baharu 2026 dengan kemeriahan luar biasa menerusi Majlis VM2026 Countdown Festival.

Beliau berkata, acara itu memberi momentum awal bagi kempen Visit Malaysia 2026 sekali gus menyemarakkan persediaan negara untuk menyambut 43 juta pelawat antarabangsa.

"Festival ini menampilkan gabungan hiburan moden dan tradisional dengan diserikan persembahan Shila Amzah, Aina Abdul, Belle Sisoski, Vanessa Reynauld, Kidd Santhe, The Kuans, KLP48, Nazu, Rezza Shah, Danson Ooi, Euzen dan Penny.








"Acara juga digamatkan lagi dengan pertunjukan multimedia menakjubkan, termasuk pyromusical fireworks, formasi dron, laser projections dan paparan 3D anamorfik," katanya.

Program VM2026 berlangsung sejak 26 Disember 2025, merangkumi bazar, pameran seni dan budaya interaktif, serta persembahan busking dan flash mob di Bukit Bintang.

Pengunjung turut menikmati VM2026 Bukit Bintang Food Bazaar dengan hidangan tradisional dan moden.

Festival ini mempamerkan lima tonggak strategik: kelestarian, warisan budaya, pengembaraan berasaskan alam, inovasi digital, dan keterhubungan global, sambil menegaskan pentingnya penyertaan semua rakyat Malaysia.

Dianjurkan dengan sokongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Tourism Malaysia dan kerjasama strategik Istana Budaya, JKKN, Jabatan Warisan Negara, dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, VM2026 Countdown Festival menandakan permulaan yang gemilang bagi tahun pelancongan 2026 bersedia untuk menyambut pelancong global ke tanah air.


kredit; bharian






No comments:

Post a Comment