Nuffnang

IkutSukaLu

Syarat utama capai dan , bersedia berubah dan menerima perubahan.
tidak bererti

Fly

Fly
Ini blog lu, lu punya fikiran, lu punya persepsi, lu punya selera, lu punya suka apa lu nak conteng dan luahkan kat cni.
PERHATIAN..!!! Ini blog ..., dengan penggunaan bahasa serta yang mungkin keterlaluan bagi sesetengah pihak, jika boleh terima konsepnya teruskan pembacaan, jika sebaliknya dengan penuh hormat dipersilakan 'logout' secepat mungkin. Supaya tidak menyakitkan hati. Berkemungkinan juga bakal membuatkan sesetengah pihak (pembaca) menjadi gila meroyan dengan menambahkan di sini.
puashati...??? Email sama lu: zebraduka@gmail.com

Saturday, January 3, 2026

kelompok terbaik dunia

 

Januari 3, 2026 @ 11:40am



Arif Aiman dalam kelompok terbaik dunia

KUALA LUMPUR: Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi terus mendapat perhatian dunia bola sepak antarabangsa selepas muncul pemain keempat yang mencatat kejayaan menggelecek terbanyak berdasarkan statistik oleh Sofascore.

Menerusi satu kemas kini di laman media sosial Sofascore, pemain berusia 23 tahun itu berjaya mencatat 224 gelecekan dalam 35 perlawanan yang diharungi dalam divisyen satu.

Lebih menarik, Arif Aiman mengatasi pemain sayap lincah Manchester City, Jeremy Doku yang mencatat 212 gelecekan tetapi dalam 52 perlawanan - lebih 17 perlawanan berbanding pemain Harimau Malaya itu.

Kelincahan Arif Aiman jelas tidak dapat dinafikan kerana gerakan pemain itu khususnya menerusi bahagian sayap kanan sering menghuru-harakan pertahanan lawan.

Namun Arif Aiman ketika ini perlu berehat panjang selama tiga bulan susulan kecederaan hamstring yang menyaksikan dia menjalani pembedahan bersama doktor sukan terkemuka, Lempainen Lasse.

Pemain sensasi Sepanyol dan Barcelona, Lamine Yamal menggungguli carta dengan 307 gelecekan dalam 61 perlawanan disusuli pemain Union Saint-Gilloise, Guilherme Smith dengan 251 gelecekan dalam 25 perlawanan.

Jose Mario Pinto ang beraksi bersama CD Olimpia berada di tangga ketiga dengan 238 gelecekan dalam 53 perlawanan.

Nicolas Vallejo pula mencatat 200 gelecekan dalam 36 perlawanan untuk berada di tangga keenam diikuti Olawale Tanimowo (JK Tammeka) dengan 199 gelecekan dalam 34 perlawanan.

Pemain sayap kiri Sogdiana, Ljupche Doriev melakar 193 gelecekan (30 perlawanan) sementara Mariano Peralte Bauer yang beraksi dengan Borneo Samarinda mencatat 192 gelecekan dalam 32 perlawanan.

Caio Vidal yang beraksi bersama Ludogoretez Razgrad melengkapkan senarai 10 teratas dengan 185 gelecekan dalam 39 perlawanan.





No comments:

Post a Comment