Nuffnang

IkutSukaLu

Syarat utama capai dan , bersedia berubah dan menerima perubahan.
tidak bererti

Fly

Fly
Ini blog lu, lu punya fikiran, lu punya persepsi, lu punya selera, lu punya suka apa lu nak conteng dan luahkan kat cni.
PERHATIAN..!!! Ini blog ..., dengan penggunaan bahasa serta yang mungkin keterlaluan bagi sesetengah pihak, jika boleh terima konsepnya teruskan pembacaan, jika sebaliknya dengan penuh hormat dipersilakan 'logout' secepat mungkin. Supaya tidak menyakitkan hati. Berkemungkinan juga bakal membuatkan sesetengah pihak (pembaca) menjadi gila meroyan dengan menambahkan di sini.
puashati...??? Email sama lu: zebraduka@gmail.com

Tuesday, January 20, 2026

Matriks Pembelajaran Malaysia

 Mohd Iskandar Ibrahim dan Mohd Nasaruddin Parzi

Januari 20, 2026 @ 1:30pm

Matriks Pembelajaran Malaysia untuk ukur pencapaian Tahun 4, Tingkatan 3





PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan memperkenal pendekatan baharu penilaian pembelajaran di sekolah rendah dan menengah melalui Matriks Pembelajaran Malaysia bermula dengan Pengukuran Pembelajaran Tahun Empat pada 2026 dan Pengukuran Pembelajaran Tingkatan Tiga pada 2027.

Perdana Menteri berkata, Pengukuran Pembelajaran Tahun Empat akan dilaksana mulai 2026 membabitkan empat mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Pengukuran Pembelajaran Tingkatan Tiga pula akan diperkenal mulai 2027 membabitkan lima mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.

Anwar berkata, kedua-dua pengukuran akan ditadbir secara berpusat oleh Lembaga Peperiksaan sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh sistem penilaian pendidikan negara yang lebih menyeluruh dan berfokus kepada penguasaan pembelajaran murid.

"Pendekatan ini bertujuan memastikan tahap penguasaan murid dapat dikenal pasti lebih awal seterusnya membolehkan intervensi dibuat secara lebih tersasar bagi meningkatkan kualiti pendidikan," katanya pada majlis pelancaran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.


Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau memahami kegelisahan ramai pihak berhubung perkara terbabit, namun mengetahui bahawa Kementerian Pendidikan adalah kementerian yang cekap dan memikirkan mengenai masa depan.

"Maknanya kita buat penilaian dan kita tahu dua tahun, Darjah Lima, Darjah Enam itu kita akan perbaiki dan letakkan anak-anak supaya berikan ruang mereka perbaiki dalam dua tahun sebelum masuk ke Tingkatan Satu.
"Itu kalau tanya mengapa diberikan notis yang begitu singkat? Itu salah Perdana Menteri," katanya berseloroh.



Kerajaan akan melaksanakan Pengukuran Pembelajaran Tahun Empat mulai tahun ini bagi empat mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. - Foto hiasan NSTP/ Hari Anggara



























































No comments:

Post a Comment